Sekali lagi berlangsung Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA yang berlangsung semalam (16 Disember 2020). Kali ini penyertaan sangat mengagumkan dari kelas terdahulu.
Biarpun kelas dibuat secara atas talian namun sambutan sungguh menggalakkan. Masing-masing teruja dan gembira. Mungkin ada yang pertama menyertainya dan ada yang sudah menyertai sebelumnya.
Kelas bersiaran secara langsung pada jam 11 pagi menerusi saluran Youtube Maggi® Malaysia, dikendalikan oleh Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin serta ditemani oleh Instafamous yang tidak asing Lynn Mikael. Kalau kita jenguk ke Instagramnya, penuh dengan ratusan resipi dan video-video masak pelbagai menu dan cita rasa.
Walaupun pertama kali buat Lynn ke udara secara langsung namun kedua personaliti ini nampak bersahaja dan begitu serasi bersama. Menariknya dalam kelas masakan ini, peserta dapat banyak tip dan info masakan yang boleh dimanfaatkan.
Tidak kurang juga ramai yang bertanya pelbagai soalan menjadi kelas tambah rancak. Chef dan Lynn sama-sama berinteraksi dengan peserta menjawab soalan yang diajukan.
Sebanyak empat resipi telah dikongsi bersama para peserta. Resipi yang mudah, kombinasi cita rasa tradisional dan moden. Tambah sedap bila masakan ini menggunakan produk-produk Maggi®.
Tentunya ramai yang tertunggu-tunggu resipi penuh dalam kelas masakan ini. RASA kongsikan buat anda yang ingin mencuba. Hidangkan buat keluarga, pasti mereka suka.
CUCUR SAYURAN MAGGI
BAHAN A
200 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
½ camca teh serbuk kunyit
1 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
50 gm marjerin
1 biji telur
BAHAN B
1 labu bawang besar-dicincang
100 gram udang kering -direndam & dicincang halus
1 biji cili merah-dicincang
50 gram kubis-dihiris
50 gram kacang panjang-dihiris nipis
50 gram lobak merah
300 ml air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Ads
Di dalam mangkuk, gaulkan kesemua bahan A sehingga rata.
Masukkan bahan B dan gaulkan sebati.
Campurkan air dan telur, tuangkan dalam adunan tepung dan gaul rata.
Panaskan minyak, goreng cucur seperti biasa hingga kekuningan.
Hidangkan panas.
MUFFIN PAZZTA MAGGI
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar mentega
100 gram ayam cincang
250 ml air
1 bungkus MAGGI PAZZTA Cheese Macaroni
2 sudu besar lobak merah-dicincang
1 biji telur
1 sudu besar tepung
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk, masukkan mentega and ayam cincang, tumis sehingga wangi.
Tuangkan air, masukkan MAGGI PAZZTA Cheese Macaroni dan lobak merah.
Biarkan ia mendidih, turunkan suhu dan reneh selama 5 minit.
Biarkan ia sejuk sedikit, gaulkan tepung dan telur. Panaskan oven ke 180°c.
Bakar selama 5-10 minit. Dihidangkan bersama MAGGI Sos Cili/MAGGI Sos Tomato.
LEMPENG KELAPA LEMAK DAN SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
LEMPENG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
½ sudu kecil tepung penaik
Ads
1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
1 ½ cawan kelapa parut (putih sahaja)
1 ¼ cawan air
1 sudu besar minyak
Sedikit minyak untuk memasak lempeng
SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil minyak masak
½ biji bawang merah-dihiris
2 pek MAGGI Pes Sambal Tumis
80 gram ikan bilis-dibersihkan & direndam selama 10 minit
¼ sudu kecil asam jawa pes
100 ml air
2 sudu kecil gula
3 biji telur-direbus
100 gram timun- dihiris
Ads
CARA MEMASAK LEMPENG:
Gaulkan semua bahan dalam mangkuk.
Biarkan ia rehat sebentar, sementara itu panaskan kuali leper.
Tuangkan adunan ke dalam periuk, masak selama 2-3 minit.
Masakkan semua sehingga habis adunan.
CARA MEMASAK SAMBAL:
Panaskan minyak.Tumiskan bawang merah dan masukkan MAGGI pes Sambal Tumis. Gaulkan rata.
Masukkan ikan bilis, asam jawa pes, air dan gula. Reneh sehingga masak.
Hidangkan nasi bersama sambal ikan bilis, telur dan timun.
PIZZA MAGGI SENANG
BAHAN A
2 sudu besar minyak
1 pek MAGGI 2 Minit Ayam- direbus & tapis
1 biji telur
½ pek Perencah MAGGI Ayam
BAHAN B
3 sudu besar MAGGI Sos Tomato
2 sudu kecil oregano
½ cawan keju mozarella
½ cawan bayam
1 batang sosej, dihiris panjang
CARA MEMASAK:
Rebuskan air, masukkan MAGGI Mi dan masak selama 2 minit.
Tapiskan bawah air sejuk, untuk menghentikan proses masak.
Di dalam mangkuk, gaulkan ke semua bahan A sehingga rata.
Panaskan periuk, masukkan minyak dan tuangkan adunan. Leper dan ratakan. Tutup periuk untuk masak dengan rata.
Masak MAGGI MI selama 2-3 minit dan pusingkan.
Dalam mangkuk kecik, gaulkan MAGGI Sos tomato dan oregano.
Jika MAGGI Mi masak, sapukan adunan tomato, letakkan keju, bayam sosej. Perlahankan api dan masak selama 3-5 minit atau sehingga keju cair.
Keempat resipi sudah dikongsi, jangan lupa cuba .
Kelas Masakan Online Bersama Maggi ® & RASA ini tambah rancak apabila soalan-soalan kuiz diajukan kepada peserta. Hadiahnya memang lumayan iaitu baucar Maggi ® bernilai RM100 dan juga hadiah utama berupa tiket jemputan istimewa ke sesi makan-makan Bersama Datin Paduka Eina Azman.Memang berbaloi.
Inilah pemenang yang berjaya menjawab soalan dengan pantas dan tepat. Tahniah buat ketiga-tiga pemenang.
Anda yang terlepas atau mahu mahu melihat semula Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA, boleh tonton menerusi link di bawah ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Esok seluruh umat Islam di seluruh dunia akan mula menjalani ibadah puasa. Biasanya pada saat-saat begini, ramai yang mengadakan kenduri kecil-kecilan atau majlis Mantai bagi meraikan kedatangan Ramadan. Meriahnya seakan raya dengan hidangan seperti lemang, ketupat dan rendang.
Saat ini jugalah sang anak yang jauh di rantauan akan mengambil cuti dan pulang ke kampung halaman untuk ‘menyambut puasa’ bersama ibu bapa tercinta. Memang meriah dan menyeronokkan. Terukir senyuman manis di bibir emak dan ayah yang tua, melihat anak dan cucu di depan mata.
Bau wangi masakan di dapur, aktiviti bertukar juadah bersama jiran-jiran menjadikan saat ini sangat menghiburkan.
Namun apakan daya, tahun ini suasananya agak berbeza dan tentunya tidak akan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Penularan wabak Covid-19, memberi impak yang sangat mendalam. Siapa sangka, hanya dalam beberapa waktu sahaja, masyarakat terpaksa menjalani kehidupan yang luar dari kebiasaan.
“Luangkan masa bersama anak-anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlulah kemana-mana. Just stay at home” – TSMY
Rasa sayu dan sedih bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan perhubungan fizikal. Namun kita juga harus selalu bersyukur kerana adanya kemudahan teknologi seperti telefon pintar dan internet untuk terus berhubung.
Manfaatkan kemudahan yang ada. Jika sebelum ini kita sibuk dengan urusan kerja dan tiada masa untuk memasak, gunakan waktu PKP ni untuk buat ‘’video call’ dengan ibu di kampung. Belajar terus secara ‘online’ ni lagi mudah dan pasti jadi berbanding ikut resipi bertulis.
Ramai juga yang sedih kerana puasa tahun ini tiada bazar Ramadan. Terasa kurang meriah kan? Namun jangan risau kerana RASA awal-awal lagi telah sediakan pelbagai resipi menarik istimewa buat anda.
Masa masak tu, bolehlah buat panggilan video dengan mak, adik beradik dan sahabat handai. Kadang-kadang, kita tak sangka boleh masak sajian yang hebat. Tapi sebenarnya boleh je. Inilah masa nak tunjuk bakat!
InsyaAllah Ramadan kali ini boleh dirasai ‘kemanisannya’ jika kita sentiasa bersyukur. Walau insan tercinta jauh dimata, tapi sekurangnya kita masih boleh berhubung. Diharap dengan pengorbanan ini boleh memutuskan rantaian Covid-19 dan supaya kita semua boleh bersama kembali dengan keluarga dan menyambut Syawal dengan gembira seperti tahun-tahun sebelumnya.
Hari Raya Aidilfitri bakal tiba. Tentunya para ibu antara individu yang paling sibuk membuat persiapan terutamanya bila berkaitan dengan juadah raya. Para ibulah yang paling sibuk dalam merancang juadah apa yang bakal dimasak dan dihidangkan kepada para tetamu yang datang menziarah.
Selain makanan, minuman juga antara hidangan yang sering menjadi tumpuan ramai. Maklumlah bila cuaca panas, tentunya minuman dahulu yang akan dicari oleh tetamu. Sekiranya anda sedang mencari resipi minuman yang lain daripada minuman yang biasa untuk dihidangkan, jangan lupa masukkan Air Nanas Laici Sparkling di dalam list anda! Dengan menggunakan air mineral Spritzer Sparkling, air ini sangat sedap dan menyegarkan! Memang patut anda cuba pada musim Raya ini.
Air Spritzer Sparkling merupakan air mineral semulajadi berkarbonat dari Spritzer yang mengandungi 0 gula dan semestinya 0 kalori. Kalau tiba-tiba tekak rasa teringin nak minum air manis dan bergas, bolehlah jadikan Spritzer Sparkling ni sebagai pilihan. Ramai yang ragu-ragu untuk menikmati minuman berkarbonat kerana bimbang dengan kandungan gula yang tinggi tetapi berbeza dengan Spritzer Sparkling. Air ini adalah pilihan yang lebih sihat kerana ia tidak mengandungi gula. Malah, anda akan rasa lebih fresh lepas minum.
Jadi, tak perlu susah-susah lagi Raya nanti. Buat je air Nanas Laici Sparkling menggunakan air mineral Spritzer Sparkling. Sekejap je dah siap. Memang cepat dan mudah. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat air Nanas Laici Sparkling ni.
AIR NANAS LAICI SPARKLING
BAHAN-BAHAN:
½ cawan air mineral Spritzer Sparkling
2-3 biji laici
½ tin nanas
1/3 cawan sirap laici
Daun pudina | hiasan
CARA MEMBUAT:
1. Tuangkan kiub nanas dan sirap laici ke dalam mesin pengisar. Kisarkan.
2. Kemudian, tuang nanas kisar tadi ke dalam cawan berisi sedikit ais.
3. Tambahkan lagi ais serta buah laici ke dalam cawan.
4. Tuangkan Spritzer Sparkling ke dalam air nanas laici tadi.
5. Hiaskan dengan daun pudina.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Tonton juga video Pencuri Hati Aidilfitri nyanyian Ayda Jebat dengan penampilan khas Merqeen di sini:
Senang je rupanya nak buat Udang Belon @ Udang Goreng Tepung ala Thai ni. Dapat la lepas rasa mengidam nak makan udang ni kat kedai Thai. Buat sendiri kat rumah tentunya lebih puas hati dan terjamin kebersihannya. Jom kita cuba. Pasti suami dan anak-anak puji. Macam menu dekat kedai makan.
RESIPI UDANG BELON ALA THAI PALING MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Udang
Tepung Naik Sendiri Blue Key
Telur
MAGGI® CukupRasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang, buang kulit udang dan biarkan bahagian ekor.
Campur tepung, telur dan MAGGI® CukupRasa ke dalam mangkuk.
Masukkan air secukupnya. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Pastikan adunan boleh lekat elok dengan udang.
Celup udang dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak yang panas.
Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.
PETUA: Untuk hasilkan udang belon yang cantik, boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang. Tak perlu belah belakang udang tu.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!