Chef Imelda Kongsi Resipi Daging Bakar Harimau Menangis & Kek 3 Bahan Paling Mudah & Sedap.

Share

RASA kini tampil dengan rancangan masakan ‘online’ terbaru, Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi. Menampilkan Chef Imelda Harris sebagai pengacara, pada setiap minggu Chef Imelda akan berkongsi resipi masakan menggunakan bahan-bahan dari bakul misteri. Kalau nak salin resipinya, saksikan Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi secara live di Facebook Majalah Rasa dan Youtube Channel Majalah Rasa pada setiap hari Rabu, jam 11.30 pagi.

Sedar tak sedar, Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi dah masuk episod ke enam, Chef Imelda telah berkongsi dua resipi mudah, sedap dan membuka selera menggunakan bahan-bahan yang ada dalam bakul misteri iaitu Daging Bakar

Harimau Menangis dan Kek Tiga Bahan. Wow…Memang sangat-sangat sedap. Rugi kalau tak cuba.

Jom dapatkan resipinya. Hujung minggu ni bolehlah cuba masak.

 

1. DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS

BAHAN DAGING:

  • 500gm daging sirloin
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan sos black pepper
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan lada hitam tumbuk
  • 2 sudu makan gula perang
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak

BAHAN SOS:

  • 2 sudu makan asam jawa yang dibancuh dengan air
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 1 biji limau nipis
  • 3 sudu makan gula apong
  • 11 biji cili padi tumbuk halus
  • 6 biji bawang merah kecik dihiris nipis
  • 1/4 cawan beras di sangai (digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
  • Sedikit daun ketumbar | dipotong halus
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan daging ( kecuali minyak masak). Lumur rata dan biarkan selama 30 minit.
2. Kemudian tuang minyak masak. Gaul lagi hingga rata dan perap lagi selama 2 jam.
3. Ikat daging dengan kemas menggunakan tali. Ia bertujuan supaya daging berbentuk cantik semasa dibakar.
4. Bakar pada suhu 160C selama 45 minit atau hingga masak. Boleh juga dipanggang menggunakan kuali atau pemanggang.
5. Bila masak, angkat dan hidangkan bersama sos Thai.
6. Untuk menyediakan sos, satukan semua bahan di dalam bekas. Kacau rata. Jika sos kelihatan pekat, tambah sedikit air dan perasakan dengan garam secukup rasa.

 

2. KEK TIGA BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 paket biskut Oreo perisa original
  • 600ml susu segar
  • 1 cawan kepingan coklat ( chocolate coins)

CARA MEMASAK:
1. Kisar biskut Oreo bersama susu hingga sebati.
2. Tuang separuh kisaran biskut ke dalam acuan. Kemudian masukkan kepingan coklat.
3. Seterusnya tuang lebihan kisaran biskut. Tabur lagi kepingan coklat diatasnya.
4. Ambil kertas aluminium, tutup bahagian atas acuan dan kukus kek selama 40 minit atau hingga masak.

 

DI SEBALIK TABIR PENGAMBARAN

JOM TONTON:

DAPUR RASA: CAMPAK-CAMPAK JADI ( EPISOD 6)

IKLAN