Cempedak Goreng Yang Rangup & Tak Pernah Jemu Makan

Share

Tak lengkap rasanya musim cempedak kalau tak merasa Cempedak Goreng panas-panas, betul tak? Bau dia wangi semerbak, kulit rangup keemasan, isi lemak manis. Memang kombinasi yang buat ramai tak boleh berhenti mengunyah! Sama ada untuk minum petang atau jualan kecil-kecilan, resipi ni confirm buat orang teringat-ingat. Maklumlah, cempedak pun dah mahal kan? Jadi lebih baik buat sendiri di rumah.

CEMPEDAK GORENG

Bahan-bahan:

  • 1 biji cempedak
  • 1 cawan tepung gandum
  • ¾ cawan tepung beras
  • 2 sudu tepung pisang goreng
  • 1 cawan air | adjust
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu besar bijan

 

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung beras, tepung goreng pisang, garam, serbuk kunyit dan air. Air masuk sedikit demi sedikit mengikut sukatan tepung masing-masing. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  2. Kemudian, masukkan minyak masak yang panas serta bijan dan kacau hingga sekata.
  3. Boleh celupkan cempedak dan gaul sebati.
  4. Di dalam kuali yang panas, masukkan cempedak dan goreng hingga keperangan.
  5. Lebih elok jika minyak banyak dan cempedak tenggelam supaya tak perlu nak terbalikkan.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Cempedak Goreng sedia untuk dihidangkan.

 

TONTON VIDEO PENUH DI SINI:

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Published by
Naqiyatul Uzma