Cekodok Viral Lagi! Bebola Keledek Manis Ala Thai Lembut Di Dalam Garing Di Luar

Share

Bulat kecil, bula besar, bulat semua… Kenapa comel sangat kejadiannya ni, terliur rasanyakan. Selalunya benda-benda yang bulat ni akan nampak comel di mata .. Jika berkunjung di Thailand, anda mesti akan melihat sejenis kuih berbentuk bulat-bulat ini, peluang seperti itu jangan sesekali dilepaskan kerana ia wajib cuba.

Kuih Bebola Keledek Manis memang sedap!. Teksturnya yang lembut dan sedikit kenyal. Jika anda melawat ke pasar malam di Cameron Highlands anda akan menjumpai cekodok ini. Rasanya yang sedap dimakan semasa panas-panas, memang terbaik! Pasti ramai yang tak sabar nak buat kan. Jom buat!

 

BEBOLA KELEDEK MANIS VIRAL

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 cawan keledek oren – (rebus, lenyek baru sukat)
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1 sdt baking powder
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA:

  1. Satukan kesemua bahan
  2. Uli sehingga jadi doh
  3. Bulat-bulatkan
  4. Goreng sehingga masak dan kuning keemasan
  5. Angkat dan hidangkan ketika panas. Siap!

* Jika suka kenyal lebihkan tepung pulut.

*Sesuai di hidangkan bersama kopi panas ketika sarapan pagi atau minum petang.

 

Kongsi resipi: Mas Cotek

Foto: Hangat.com / patyskitchen

 

IKLAN