Cara Untuk Lembutkan Sotong Kering

Share

Sotong kering memang sedap jika dibuat sambal tumis. Dimakan pula dengan nasi lemak, memang gabungan yang padu. Tetapi, dalam menyediakan sambal sotong kering, anda perlu tahu teknik untuk melembutkan sotong terlebih dahulu. Jika tidak, sotong kering akan jadi liat. Kami kongsikan beberapa tip untuk melembutkan sotong. Semoga bermanfaat!

Tip Melembutkan Sotong Kering

 

1. Rendam air paip semalaman.

2. Rendam air panas semalaman.

3. Rendam air basuhan beras semalaman.

4. Rendam sotong kering bersama abu chang. Abu chang juga dikenali sebagai kapur/ubat sotong, ubat mi & dipanggil tawas bagi sesetengah tempat. Terdapat jenis serbuk & juga dijual dalam bentuk ketulan kecil. Pastikan sotong tenggelam dalam air sepenuhnya, tambah abu chang yang dihancurkan jadi ketulan kecil. Biarkan melarut dalam air, tambah hingga air terasa licin dijari. Rendam semalaman. Basuh beberapa kali hingga bersih & hilang lendir sebelum dimasak.

TIP: Jangan letak abu chang berlebihan supaya baunya tak terlalu kuat/tak rasa pahit. Untuk hasil yang cepat, boleh lebihkan penggunaan abu chang dan rendam 3 – 4 jam.

Foto: Sumber internet

 

5. Rendam dalam air yang ditambah air abu soda (lye water). Air abu ni adalah larutan pekat abu chang. Tambah air abu hingga air rendaman terasa licin di jari.

Foto: Sumber internet

 

6. Rendam sotong kering dalam air yang dicampur soda bikarbonat 1-2 sudu kecil (bergantung pada kuantiti air) selama 2-3 jam atau sehingga sotong kembang. Rendam semalaman untuk hasil yang lebih baik. Dengan gunakan cara ni, air rendaman sotong kurang berlendir & berbuih.

7. Rendam dalam air yang dicampur 1-2 sudu kecil kapur makan bergantung pada sukatan air. Biarkan sotong kering terendam semalaman sebelum cuci.

 

8. Masak dalam pressure cooker. Tak kisahlah jenis periuk yang perlu dimasak atas dapur ataupun electric pressure cooker, dua-dua tetap akan hasilkan sotong yang lembut.

 

Ni extra tip dari mak saya..

Tip supaya sotong kekal lembut:

  1. Jangan rebus/masak sotong terlalu lama, supaya sotong tak liat
  2. Masukkan garam & asam akhir sekali, sebab garam/asam ni boleh menyebabkan sotong jadi liat. Lepas perasakan dengan asam & garam, biarkan merenih seketika sebelum tutup api.

 

Anda mencari barangan dapur yang berkualiti tapi pada harga yang murah? Boleh klik DISINI.

Kredit: Yatie Eimra

Anda Juga Boleh Cuba Resipi Ini:

IKLAN