Cara Tanam Sayur Pak Choy Di Rumah. Memang Mudah!

Share

Pak choy merupakan antara sayuran yang boleh kita tanam di rumah untuk kegunaan dapur. Tak perlu lagi nak beli di kedai. Menariknya tanam pak choy ni kerana hasilnya cepat tumbuh. Dalam sebulan dah boleh tuai. Nak cuba tanam di rumah? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Don Laught ini.

CARA TANAM PAK CHOY

 

1. Semai benih bermula hari pertama hingga hari ke-22. Cuma tabur biji benih dan kambus dengan tanah. Tak perlu terlalu dalam. Guna tanah yang dicampur 8 in 1.

Biji benih yang digunakan

 

Media tanah 8 in 1 yang digunakan

 

 

2. Pada hari ke-22, alihkan ke pot. Pilih daun yang cantik sahaja. Sebab itu kena tanam banyak benih. Dedahkan pada tempat yang redup dahulu atau tudung dengan jaring/netting.

 

3. Hari ke-24, alihkan ke tempat yang ada sinaran matahari atau buka jaring. Bila dah alih ke pot, tak perlu dibaja lagi kerana sudah guna media tanah 8 in 1. Sudah cukup nutrien yang diperlukan.

 

4. Pada hari ke-35 hingga 40, dah boleh tuai atau potong pak choy. Boleh guna kaedah cut-and-come-again jika anda hendak kekalkan pokok yang sama, di mana boleh membuahkan hasil 2 atau 3 minggu lagi (pokok yang sama boleh dituai banyak kali).

 

Jika anda guna kaedah cut-and-come-again, tinggalkan satu atau dua helai daun semasa potong agar pak choy terus tumbuh. Setakat ini, saya pernah sampai 6 pusingan menggunakan kaedah ini. Cuma untuk pusingan seterusnya, batang sayur akan jadi memanjang.

 

Saya guna kaedah ini untuk pokok yang subur dan cantik sahaja. Jika baka kurang elok, terus cabut dan tanam atau tukar dengan semaian baru.

 

Selamat mencuba.

 

Sumber: Don Laught

 

Jika anda mencari SOS TIRAM, boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

https://www.rasa.my/bagaimana-nak-membuat-bawang-goreng-yang-rangup-makan-begitu-saja-juga-enak-ini-petuanya/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

IKLAN