Cara Tanam Daun Pegaga Sendiri Di Rumah. Boleh Buat Air Rebusan Berkhasiat

Share

Daun pegaga memang banyak khasiatnya, untuk kesihatan dan juga untuk penjagaan kecantikan wanita. Tak rugi jika anda tanam sendiri daun ini di rumah. Bila-bila masa sahaja anda boleh menikmatinya. Salah satunya adalah dengan menyediakan air rebusan pegaga yang sangat baik untuk kesihatan dalaman. Cara menanam dan penjagaan daun pegaga yang dikongsi oleh Suhaili Baharudin ini memang sangat bermanfaat.

CARA MENANAM PEGAGA

LANGKAH 1

Cari bekas atau pasu kosong. Letakkan separuh tanah kompos (boleh dibeli di nursery) dan separuh lagi pasir.

 

LANGKAH 2
Gaulkan tanah dan pasir tadi. Kenapa guna pasir? Kerana pegaga lebih mudah hidup bersama campuran pasir dan senang masa nak tarik dari akar bila dah merimbun nanti.

 

LANGKAH 3
Pegaga yang berkhasiat ialah pegaga yang berbentuk otak, ada belahan di tengah daunnya. Kemudian, cucuk pegaga tadi ke dalam bekas atau pasu. Siram dan letak di tempat teduh. Pegaga tidak perlu cahaya matahari secara terus. Sedikit cahaya pun tak apa.

 

LANGKAH 4
Selepas 2 minggu, hasilnya memang subur dan gemuk. Anak daun pun sudah mula tumbuh disana sini. Daun yang besar dah mula terjuntai.

CARA MENYEDIAKAN AIR REBUSAN PEGAGA

Air rebusan pegaga memang ada banyak khasiat dan boleh menjana kecerdasan otak. Manfaatkan pokok daun pegaga yang ada di rumah dengan membuat air rebusan pegaga. Tak rugi kalau diamalkan. Malah, boleh kekal awet muda. Ini resipi air rebusan pegaga untuk anda.

 

BAHAN-BAHAN:

  • Pegaga
  • Halia – beli online DISINI
  • Serai
  • Madu – beli online DISINI
  • Kayu manis ceylon organik

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Tambah air dan rebus semua bahan-bahan di atas. Akar pegaga jangan dibuang ya. Rebus hingga mendidih dan air bertukar warna.

 

2. Bila dah siap, biarkan air suam dan tambah 1 sudu madu.

3. Siap untuk dinikmati!

 

Kredit: Suhaili Baharudin

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN