
Ramai yang suka makan ikan keli. Namun, ikan keli jika tidak dibersihkan betul-betul, memang tak lalu nak makan sebab berbau hanyir, malah bila nak goreng pula meletup-letup dalam minyak panas. Itu ramai yang tak sanggup, kan!
Ada caranya supaya ikan keli tak berbau hanyir, jadi rangup dan tak meletup-letup sewaktu digoreng. Ikut trik ini untuk hasil yang lebih memuaskan.
Ikan Keli
3 Sudu Besar Tepung Gandum
Asam Keping
Garam
Kunyit
Minyak untuk menggoreng
2. Selepas itu, buang ketulan darah beku yang tersembunyi pada bahagian kepala ikan keli. Ramai terlepas pandang bahagian ini sedangkan ia memberi kesan besar terhadap bau ikan. Ini adalah teknik penting dalam cara siang ikan keli yang betul.
3. Cuci seperti biasa 2-3 kali sehingga benar-benar bersih. Pastikan tiada sisa darah atau lendir yang tertinggal.
4. Kemudian, masukkan dua sudu besar tepung gandum dan lumurkan sekejap pada ikan keli tersebut. Kaedah ini membantu menyerap lendir dan bau hanyir yang degil.
5. Selepas itu, cuci bersih sekali lagi sehingga tiada kesan tepung. Teknik ini sering digunakan dalam cara siang ikan keli
kerana terbukti berkesan.Untuk tip goreng ikan keli supaya tak meletup-letup dalam kuali pula, selepas lumur dengan kunyit dan garam, tabur sedikit dengan tepung gandum. Ini akan membantu membentuk lapisan luar yang lebih rangup.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan masukkan asam keping. Petua ini bukan sahaja mengurangkan percikan minyak, malah membantu menstabilkan suhu minyak.
Kemudian bolehlah goreng seperti biasa. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan ikan.
Antara punca utama ikan keli meletup ialah kandungan air yang masih tinggi pada permukaan ikan. Selain itu, lendir yang tidak dibersihkan dengan sempurna juga menyumbang kepada percikan minyak panas.
Sebab itu, penting untuk mengikuti cara siang ikan keli
dengan betul sebelum proses memasak dilakukan.Dengan cara ini, ikan keli tak meletup-letup ketika digoreng, tak melekat dalam kuali dan jadi lebih rangup. Malah, rasanya juga lebih enak tanpa bau hanyir yang mengganggu selera.
Teknik cara siang ikan keli ini bukan sahaja mudah, malah sesuai untuk semua yang ingin memasak dengan lebih yakin di dapur.
Siap!
Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA