Cara Paling Mudah Nak Bersihkan Microwave. Harum Semerbak!

Share

Hampir setiap hari kita akan menggunakan microwave untuk memanaskan makanan dan lauk pauk. Tetapi, bila kali akhir anda mencuci microwave? Sekiranya tidak dicuci, ia akan menjadi tempat berkumpulnya bakteria.

Jika anda mempunyai masa di hujung minggu ini, cucilah microwave anda. Mudah sahaja caranya. Cuma guna hirisan lemon. Bukan sahaja bersih, microwave anda pun akan berbau harum. Jom kita cuba tip yang dikongsi oleh Nawal Hudaa menerusi akaun Twitter miliknya.

TIP CEPAT MENCUCI MICROWAVE

  1. Ambil mangkuk isi air separuh.
  2. Letak lemon sebiji. Perah jus & hirisan lemon.
  3. Masuk microwave dan panaskan selama 5 minit.
  4. Tunggu 2 minit sebelum buka sebab tak nak bagi wap air dia keluar.
  5. Lap microwave dengan kain bersih.

Bau pun harum semerbak lemon gitu.

 

Jika anda sedang mencari MICROWAVE yang berkualiti pada harga yang murah, boleh klik DISINI.

 

KREDIT FOTO: NAWALHUDAA

IKLAN