Cara Nak Buat Puding Biskut Marie Yang Tampak Mewah & Sedap

Share

Puding Biskut Marie atau Kek Batik, antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap dan mudah dibuat.

Kalau nak lagi rasa mewah, boleh buat topping coklat dengan mengikut resipi yang dikongsikan Muhammad Ali ini. Nampak kemas dan cantik ye.

Nak hasil menjadi seperti dalam gambar dan rasa yang sedap, boleh rujuk satu persatu gambar dan resipi yang diberikan. Sesuai untuk dihidangkan buat minum petang.

 

PUDING BISKUT MARIE (EDISI KURANG MANIS)

LAPISAN PERTAMA: COKLAT

12gm agar-agar tali – beli online di sini
4 cawan air (1 cawan air = 250ml)
1 cawan dairy whipping cream (kalau tiada, gantikan dengan susu cair)
1 sudu makan mentega (tak kisah salted or unsalted. Pakai buttercup pun boleh) – beli online di sini
7 sudu makan serbuk koko


1 sudu makan serbuk nescafe – beli online di sini
5 sudu makan milo (sudu makan tu yang sudu besar kita buat makan apa-apa tu tau)
Secubit garam
½ cawan dark chocolate
¾ cawan gula (190 gram gula)

TONTON Top 5 Menu Pilihan Makan Di Mana

TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari

LAPISAN KEDUA: PUTIH

6gm agar-agar tali
2 cawan air
1 cawan susu cair – beli online di sini
¼ cawan gula (80gm gula) – beli online di sini
1 sudu kecil essen vanilla

CARA MENYEDIAKAN LAPISAN PERTAMA: COKLAT

1. Masukkan 4 cawan air + 12gm agar-agar tali yang telah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi.


2. Kemudian baru masukkan ¾ cawan gula. Kacau sebati hingga gula larut.


3. Dah larut masukkan 5 sudu makan milo + 1 sudu makan serbuk nescafe. Kacau sebati.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Dah sebati masukkan pula 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.
5. Selepas itu, masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair. Kacau sampai separuh sebati.


6. Masukkan 1 sudu makan mentega. Gaaul sebati biar sampai jadi sekata dan satu warna serta tiada ketulan. Bila nampak dah sebati biarkan mendidih. Jangan kacau. Biarkan ia mendidih dalam 1-2 minit sahaja.


7. Bila dah mendidih tadi, masukkan ½ cawan dark chocolate. Kacau atas api yang perlahan. Dah sebati, terus tutup api.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


8. Masukkan secubit garam, kacau sebati dan biarkan dalam 3-4 minit baru tuang atas loyang saiz 8 inci.


9. Tuang atas loyang dulu adunan tadi, sampai tak nampak base loyang, kemudian baru letak biskut marrie. Dah penuh satu loyang, tutup balik dengan adunan coklat tadi sampai menutupi lapisan marie tadi.


10. Setkan dalam peti 2 minit sahaja, kemudian sambung letak lagi biskut marie. Dan terus tutup dengan lebihan coklat tadi.


11. Jadinya, ada 2 lapis je lapisan biskut marie tadi. Setkan dalam peti sementara buat lapisan putih.

 

CARA MENYEDIAKAN LAPISAN KEDUA: PUTIH

1. Letakkan 2 cawan air + 6 gm agar-aagar tali yang dah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi, baru masukkan ¼ gula. Dah larut masukkan 1 cawan susu cair.


2. Kacau sebati dan biarkan mendidih dalam 1-2 minit. Tutup api dan masukkan 1 sudu kecil esen vanila. Gaul sebati, ketepikan dalam 3-4 minit baru tuang atas lapisan coklat yang dah set tadi.


3. Cucuk2 dengan garpu dulu tau agar lapisan melekat dan tak terpisah bila potong.


4. Tuang rendah dan perlahan-lahan. Setkan dalam 4 jam dan boleh makan.

Kredit resipi: Muhammad Ali @ Mr Ali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN