Cara Mudah & Simple Cara Masak Creamy Cheezy Butter Prawn

Share

Menu Creamy Cheezy Butter Prawn memang sedap dimakan dan selalu juga menjadi kegemaran untuk di restoran. Tapi bila nak masak sendiri di rumah, ramai yang belum lulus kan.

Tak susah pun nak masak cuma nak buat sarang telur tu kalau silap percaturan boleh gagal.

Resipi Creamy Cheezy Butter Prawn yang dikongsi Suzana Othman, sesuai untuk mereka yang pertama kali nak masak menu ini.

Kalau tak suka susu cair, boleh ganti dengan santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.

 

CREAMY CHEEZY BUTTER PRAWN

BAHAN UTAMA:

1kg udang
1 senduk tepung goreng ayam bestari – beli online di sini


Sedikit air

TONTON Menjamu Santapan Diraja Brunei

TONTON Spageti Rendang Daging

BAHAN SOS CREAMY CHEEZY:

4 ulas bawang putih | cincang – beli online di sini
Cili api ikut kepedasan | potong – beli online di sini
4 tangkai daun kari
Mentega
1 tin susu cair – beli online di sini
4 keping keju
1 sudu kecil serbuk pati ayam – beli online di sini
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk lada sulah

CARA MASAK:

1. Bersihkan 1kg udang. Lumurkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Tambahkan tepung goreng ayam bestari. Letak air sedikit dan gaul rata.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


2. Goreng udang dalam minyak yang cukup panas. Tos dan ketepikan.


3. Panaskan sedikit minyak dan mentega. Tumis bawang putih hingga layu. Masukkan daun kari dan cili.


4. Tambahkan 1 tin susu cair, gula, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah. Tak perlu tambah garam.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Masukkan kepingan cheese. Kita guna cheese jenama Emborg. Apabila dah menggelegak, masukkan udang.
6. Gaul sebentar hingga udang bersalut dengan sos. Tutup api.


7. Dalam mangkuk lain, pukul 4 biji kuning telur.
8. Panaskan minyak dan ½ bahagian mentega. Bila dah panas, perlahankan api. Gunakan senduk macam dalam gambar.


9. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuang telur perlahan-lahan dan kacau telur laju-laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau. Tak laju tak halus nanti.
10. Masak sebentar hingga minyak mengeluarkan buih. Bila dah berbuih, tutup api.


11. Toskan minyak dalam jaring besi macam ni. Nak guna tapis santan yang besi tu pun boleh. Tekan-tekan telur guna senduk tadi supaya minyak turun ke bawah.


12. Toskan atas tisu dapur untuk serap minyak yang berbaki. Susun udang dalam pinggan, kemudian taburkan telur di atasnya. Siap untuk disajikan.

Kredit resipi: Suzana Othman

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN