Periuk yang selalu digunakan untuk memasak, lama kelamaan akan bocor dan berlubang. Ada beberapa cara yang boleh digunakan bagi membaiki periuk bocor ini dan salah satunya ialah dengan menggunakan kulit pisang.
Ads
Cara-caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu panaskan periuk yang bocor tu kemudian kecilkan apinya. Kemudian ambil kulit pisang yang di sebelah dalam, tenyeh @ tonyoh berulang kali ditempat yang bocor. Biarkan seketika diatas api.
Ads
Ads
Hasilnya, periuk yang bocor sudah boleh digunakan seperti biasa. Ia mungkin disebabkan oleh getah yang ada pada kulit pisang membuatkan lubang tersebut tertutup dan melekat. Dengan cara ini, walau periuk dibasuh berkali-kali, periuk tetap tidak bocor.
Ada orang suka masak udang dengan kulit, tak kurang juga suka udang yang dikopek atau dibuang kkulit siap-siap. Tapi pernah tak terfikir mana satu lebih baik masak udang dengan kulit atau tidak. Namun hakikatnya masak udang dengan dua cara ini akan memberikan rasa yang berbeza.
Masak Udang Dengan Kulit
Masak udang dengan kulitnya sekali ada beberapa kelebihan, salah satunya untuk mengekalkan rasa manis dan berjus isi udang, terutama jika dibakar atau digoreng. Selain itu, kulit udang memberikan aroma dan rasa pada masakan walaupun dimasak tanpa bahan perapan. Di dalam masakan berkuah, kulit udang berfungsi sebagai stok semulajadi seafood yang sedap.
Masak Udang Tanpa Kulit
Masak udang tanpa kulit tidak salah, ia bergantung pada rasa dan hasil masakan. Jika suka rasa kenyal yang kaya dengan bahan perencahnya, adalah lebih baik menggunakan udang tanpa kulit. Kerana kulit boleh menghalang bahan perapan atau tumisan dari menyerap ke dalam isi udang. Mana kala udang yang dibakar dengan arang, aroma smokey akan menjadikan rasa isi udang lebih sedap tanpa kulit.
Bahagian Yang Dibuang, Tapi Ada Manfaatnya
Biasanya jika tidak mahu kulit, bahagian kepala dan ekor udang turut dibuang, sedangkan bahagian ini masih boleh dimanfaatkan. Contoh kepala udang boleh digoreng dengan tepung, kemudian tumis bersama sayur, aroma udang yang kuat akan menjadi penambah perasa pada udang. Sementara ekor dan kulit udang boleh dibersih dan direbus untuk dijadikan stok.
Cara Betul Masak Udang
Penting sekali, jangan memanggang atau membakar udang terlalu lama, ia menyebabkan isi udang kering dan liat. Cukup sekadar isi berubah warna menjadi putih tapi masih pink di tengahnya. Kedua, udang menyerap perencah dengan cepat, jadi tidak perlu diperap lama, jika lama aroma udang berkurangan. Oleh itu jangan perap lebih dari 30 minit. Ketiga, semasa memasak jika perencah perapan mengandungi perahan jus lemon, limau nipis atau cuka. Secara tidak langsung rasa masam akan menjadikan udang masak secara semulajadi semasa proses perapan. Oleh itu masa memanggang menjadi lebih pendek supaya tidak overcooked.
Macam mana suka masak udang dengan kulit atau tak?
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bencana alam tidak dapat kita jangka, boleh jadi kita keputusan bekalan beras akibat banjir, kemarau dan sebagainya. Sebab itulah penting untuk kita menyimpan stok beras di rumah yang juga menjadi makanan ruji kita.
Salah satu cara untuk menyimpan stok beras ini agar ia tahan lama malah hingga bertahun-tahun adalah dengan menggunakan botol plastik dan bawang putih. Kaedah ini dikongsi oleh Saudah Yahya yang mempraktikkannya sejak sekian lama. Katanya beras kekal elok, tanpa dirosakkan oleh bubuk.
1. Sediakan botol plastik yang bersih dan kering, masukkan beras yang elok tiada kutu beras ke dalamnya.
2. Isi sedikit beras dulu kemudian ambil satu labu bawang putih yang dileraikan dan letak di atas permukaan beras. Tak perlu buang kulit bawang putih.
3. Kemudian isi lagi beras dan ulang dengan meletakkan bawang putih hingga beras penuh. Untuk satu botol ini boleh isi dalam 4-5 labu bawang putih.
4. Hentak sedikit botol supaya beras betul-betul penuh. Kemudian letak bahagian atas dengan bawang putih sebelum ditutup.
Kalau makan mi goreng atau mi rebus, memang sedap kalau ada cili jeruk. Nak buat cili jeruk, biarlah masih ada rangupnya. Jangan sampai terlalu lembik. Nanti kurang sedapnya.
Melalui facebook Rafidah Zainul, ibu ini kongsi cara membuat cili jeruk yang sedap dan tidak lembik. Jom tengok.
BAHAN-BAHAN
5 tangkai cili besar hijau
4 tangkai cili padi
1 sudu besar gula pasir
Cuka
CARA MEMBUAT
1. Cili besar hijau dibasuh dan dihiris. Masukkan cili hijau besar dan cili padi ke dalam bekas kaca.
.
2. Masukkan gula pasir.
.
3. Masukkan cuka makan sampai tenggelam cili tadi.
.
4. Kacau dan biarkan selama 2 jam. Sedia dimakan.
Jangan tambah air dalam rendaman cili jeruk. Ini akan menyebabkan cili jadi lembik dan rasanya tidak sedap.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)