Cara Mudah Masak Tomyam Poktek Paling Sedap.

Share

Tercari-cari resipi Tomyam Poktek yang sedap dan mudah? Ha..Inilah resipinya. Tomyam ni memang special. Rasanya yang pedas, masam dan cukup manis masinnya membuatkan ia antara juadah yang wajib ‘order’ bila makan di restoran. Tapi bila dah ada resipi ni, anda boleh hasilkan sendiri hidangan ini di rumah. Hasilnya? Pastinya sama dengan rasa yang anda beli tu, malah lebih sedap kerana anda boleh menambah pelbagai lauk pauk kegemaran. Bestkan? Jom lihat cara-cara membuat Tomyam Poktek ( seafood) guna resipi perkongsian saudari Yuss Aisya.

 

RESIPI TOMYAM POKTEK

 

BAHAN-BAHAN:

  • Udang
  • Sotong | dibersihkan
  • Isi ikan kembung
  • 2 biji tomato | belah 4
  • 2 batang serai | diketuk
  • Lengkuas
  • 5 biji cili padi merah | diketuk
  • Cendawan enoki
  • 4 sudu besar santan @ susu cair
  • Daun ketumbar
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 biji limau nipis
  • 1 biji bawang besar
  • Batang dan akar ketumbar
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 600ml air
  • 4-5 sudu makan sos nampla ( sos ikan)

CARA MEMASAK:

1. Masuk serai, lengkuas, kiub ikan bilis, daun limau purut, batang & akar ketumbar dan cili ketuk ke dalam periuk.Masuk 600ml air( anggaran dalam 3 cawan besar).

 

2. Bila dah mendidih, masukkan tomato dan bawang besar. Biar didih sekali lagi.

 

3. Kemudian masukkan udang, sotong dan ikan satu persatu. Masuk angkat bahan-bahan tadi dengan tangan. Jangan lingkupkan dengan bekasnya sebab taknak air termasuk sekali atau tos hingga kering.

 

4. Cara potong limau. Elakkan terhiris biji limau kerana ia akan memberikan rasa pahit.

 

5. Perah limau nipis satu persatu dan sesuaikan rasa masam mengikut citarasa.

 

6. Cendawan mudah lembik, jadi masukkan apabila tomyam dah hampir masak.

 

7. Masuk nampla (sos ikan) dalam anggaran 4-5 sudu makan.Tunggu mendidih sekali lagi.

 

8. Bila dah mendidih, masukkan santan @ susu cair. Terus matikan api.  Tabur daun ketumbar.

 

9. Dah siap. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Yuss Aisya

 

Tengah cari PETI SEJUK baru? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN