Cara Mudah Masak Roti Puri Sedap Guna Tepung Gandum.

Share

Roti Puri homemade ni memang sesuai jika dijadikan hidangan sarapan keluarga. Cicah dengan lebihan gulai atau kari, memang layan. Nampak susah tapi rupanya sangatlah mudah resipi perkongsian saudari Aien Ismail ni. Bahan-bahannya pun ringkas je. Sekali cuba, pasti puas hati. Jom lihat bahan serta cara-cara pembuatannya.

ROTI PURI HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 6 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan yis
  • 2 sudu teh garam
  • 1 cawan air panas

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung gandum, minyak masak, gula, yis dan garam dalam bekas. Gaul hingga sebati dan berderai.

2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga tidak melekat. Jika doh keras, tambah sedikit air masak.

3. Bila siap diuli, bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong. Perap dalam 15 minit.

4. Ambil doh dan gelek nipis. Lakukan hingga habis.

5. Panaskan minyak masak dan masukkan sekeping doh. Simbah minyak diatas doh supaya menjadi kembung.

6. Bila roti kekuningan, angkat dan sedia untuk dinikmati dengan kuah kari atau lain-lain ikut citarasa.

INFO: Jika doh terlalu banyak dan tak habis dimasak sekaligus, boleh letak doh dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

 

Kredit resipi & foto: Aien Ismail

IKLAN