Cara Mudah Masak Nasi Tanpa Rice Cooker. Cepat, Jimat & Lebih Sedap!

Share

Masak nasi menggunakan periuk elektrik atau periuk biasa, pasti meninggalkan kerak nasi. Sayangnya! Nak makan tak sedap, nak dibuang sayang. Oleh itu, apa kata cuba masak nasi secara kukus. Dengan cara ni nasi tak akan ada kerak malah lebih sedap dan cepat masak. Nasi pun tak lebih dan boleh elakkan pembaziran. Jadi jika periuk nasi elektrik anda rosak, jangan susah hati. Boleh masak cara ni.

 

Dah 3 tahun takde rice cooker. Habis tu masak nasik macam mana? Saya guna pengukus je. Ada yang dah tahu cara dia kan? Ok yang belum tahu ni cara saya. Saya guna loyang 7@8 inci (untuk 5-6orang ). – Ita Marsita

 

BAHAN-BAHAN:

  • Beras – ikut sukatan yang biasa anda masak
  • Air – ikut sukatan air untuk masak nasi yang biasa

CARA-CARA:

1. Bersihkan beras macam biasa dan sukat air.

2. Masukkan beras dan air ke dalam loyang dan letak dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak.

3. Untuk tahu nasi sudah masak atau belum, jika air dalam loyang dah kering, itu tandanya nasi dan masak.

4. Jika masak nasi untuk seorang, boleh guna bekas kecil sahaja.

5. Masak cara ni juga boleh jimatkan masa memasak. Caranya ialah dengan kukus nasi bersama lauk dan sayur. Satu tingkat masak lauk dan satu tingkat untuk nasi.

6. Pastikan nasi berada di bahagian atas supaya air tidak jatuh atas nasi.

7. Selamat mencuba!

 

Kredit foto & petua: Ita Marsita

 

IKLAN