Cara Mudah Masak Nasi Putih Guna Microwave

Share

Nak masak nasi putih tapi gas tiba-tiba habis? Boleh cuba masak nasi menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave). Memang sangat mudah dan menjimatkan masa. Jika anda nak masak nasi dalam jumlah yang sedikit, memang sesuai masak guna cara ini. Langkah-langkahnya adalah:

 

CARA MUDAH MASAK NASI GUNA MICROWAVE 

Langkah 1: Gunakan bekas seramik (kaca juga tergolong dalam kumpulan seramik) yang mempunyai penutup. Masukkan beras (contohnya seperti dalam gambar-2 cawan beras).

 

Langkah 2: Basuh beras seperti biasa dengan menggunakan yang air biasalah juga.

Langkah 3: Basuhlah ikut berapa kali yang biasa anda buat. (Gambar adalah rupabentuk beras yang telah dibasuh)

Langkah 4: Masukkan air yang secukupnya seperti yang biasa anda lakukan semasa masak nasi dalam rice cooker. Kalau ikut petua kawan saya yang bapanya ada restoren, letakkan tapak tangan anda atas permukaan nasi dan pastikan air berada diparas atas tangan anda. Saya dah cuba memang sentiasa menjadi.

Langkah 5: Masukkan bekas seramik tadi ke dalam microwave tanpa penutupnya. Setkan suhu tertinggi (high) dan masanya pula 15 minit (untuk 2 cawan beras). Tunggu sehingga cukup 15 minit.

Langkah 6: Buka microwave anda, tutupkan bekas seramik yang berisi nasi separa masak tadi dan setkan semula microwave anda pada suhu tinggi selama tiga minit lagi.

 

Langkah 7: Tadaaaa! Nasi anda telah pun sempurna masak.

 

Kredit resipi & foto: http://semuamenjadi.blogspot.my/2012/08/cara-masak-nasi-menggunakan-microwave.html

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN