Cara Mudah Masak Nasi Daging Yang Enak, Confirm Bertambah Nasi

Share

Tiba-tiba teringin pula nak makan Nasi Daging. Alang-alang dah mengidam tu, buat jela sendiri Nasi Daging ikut menu yang dikongsikan ni. Nasi ni sangat senang nak masak dan tak menggunakan banyak bahan. Jom tengok resipi ini. Selamat mencuba!

NASI DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras basmathi | rendam 30 minit dan tos
  • 1 liter air rebusan daging
  • 500gm hirisan daging rebus
  • 1 cawan susu cair – beli online disini
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1sudu makan rempah kurma – beli online disini
  • 1 sudu pes tomato
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan minyak masak – beli online disini

REMPAH PENUMIS:

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawan merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis daun pandan dan bahan rempah penumis.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, serbuk kurma dan sup, tambah sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air rebusan daging dan susu cair bersama tomato puri dan kacau lagi.
  4. Setelah air mendidih masukkan beras dan daging, perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Masak seperti nasi biasa lebih kurang 15-20 minit.

DAGING BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging batang pinang
  • 1 sudu pes asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis – beli online disini
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih

BAHAN KISAR:

CARA MEMASAK:

  1. Potong daging kepada beberapa bahagian. Cuci bersih dan toskan.
  2. Gaulkan bahan kisar bersama daging hingga sebati.
  3. Perapkan sekurang-kurangnya satu jam.
  4. Kemudian bakar (semasa membakar sentiasa balik-balikkannya).
  5. Setelah masak, hiris nipis.
  6. Sedia dihidangkan bersama Air Asam dan Nasi Daging.

AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:

  • 3cm belacan | bakar beli online disini
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 biji limau nipis | jus sahaja
  • 2 biji tomato | potong dadu
  • 2-3 ulas bawang besar | hiris  nipis
  • 4-5 biji cili padi  |hiris nipis beli online disini
  • 3 biji cili merah  | hiris nipis
  • 3-4 biji cili hijau | hiris nipis
  • Sedikit gula dan garam

 CARA MEMASAK:

  1. Bancuhkan belacan dengan jus limau nipis dan air asam jawa.
  2. Masukkan kesemua bahan hirisan yang lain.
  3. Tambahkan sedikit garam dan gula, gaul rata.
  4. Air Asam sedia dihidangkan.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN