Cara Mudah Buat Sos Thai Homemade Untuk Cicah Daging Bakar

Share

Daging Bakar

adalah antara hidangan paling popular bila tiba musim korban. Menu ini lebih enak jika dimakan bersama sos pencicah. Terdapat pelbagai jenis sos pencicah dan salah satu yang sedap ialah Sos Thai Homemade untuk daging bakar. Kombinasi rasa pedas, masam dan manis menaikkan lagi selera. Nak cuba? Resipi perkongsian saudari Ramlah Abdul Ghani
ni antara yang mudah. Cubalah.

 

RESIPI SOS THAI HOMEMADE UNTUK CICAH DAGING BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 3 sudu makan gula
  • 3 biji limau kasturi – ambil jusnya
  • 4-5 biji cili padi
  • 1 pokok daun ketumbar – hiris halus

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih, cili padi dan gula hingga halus.
2. Masukkan sos ikan,

jus limau kasturi dan hirisan daun ketumbar. Sebatikan.
3. Tuang sos ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama daging bakar.

Kredit resipi & foto: Ramlah Abdul Ghani

 

Nak resipi Daging Bakar? Boleh cuba ni.

IKLAN