Cara Mudah Buat Sambal Bilis Garing Homemade. Sedap!

Share

Sambal Garing ni memang sesuai sangat dibawa ke mana sahaja. Makan dengan bubur sedap, nasi panas-panas pun layan. Malah, nikmati bersama roti pun boleh. Memang serbaguna. Rasa pedas-pedas masin tu buat hidangan ini menjadi kegemaran ramai. Kalau beli, sebalang kecil pun dah harga berbelas ringgit. Jom belajar buat sendiri. Memang sedap!

SAMBAL BILIS GARING HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan bilis halus – beli online DISINI
  • Tempe atau kacang
  • Lada / cili kering | jumlahnya ikut kepedasan & cita rasa masing-masing – beli online DISINI
  • 1 kiub pati ikan bilis @ secukup rasa
  • Gula secukup rasa – beli online DISINI

 

CARA MEMASAK:

1. Goreng semua bahan diatas ( kecuali pati ikan bilis & gula) satu persatu hingga garing.

2. Angkat dan tos minyak menggunakan tisu dapur.

3. Kisar cili kering yang digoreng tadi. Pastikan cili digoreng garing jika tidak ia sukar dikisar menjadi emping kerana teksturnya yang liat. Bijinya pula boleh dibuang atau dikisar bersama.

 

4. Panaskan kuali yang ada sedikit minyak lebihan gorengan tadi. Masukkan kiub pati ikan bilis atau cukup rasa. Goreng guna api perlahan.

 

5. Kacau sambil hancurkan kiub tadi. Biar ia berbuih manja.

 

6. Kemudian masukkan cili flakes (cili kering kisar).

 

7. Tambahkan semua bahan wajib yang lain. Masukkan juga 1 sudu gula. Gaul rata hingga sebati. Angkat.

 

8. Setelah sambal sejuk, simpan dalam balang kedap udara. Sedia dinikmati mengikut citarasa masing-masing.

 

Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & gambar: Nur Faridah Shahidah

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN