Makan

Buat Muffin Guna 3 Bahan, Hasilnya Macam Scones Boleh Makan Dengan Jem

Share

Kalau anak minta makan muffin memang boleh terus buat, kerana cara buat muffin ini mudah sangat. Hanya gunakan 3 bahan saja.

Hasilnya macam scones, lembut sedap dan tak manis sangat. Muffin ini boleh juga makan dengan jem, sapuan coklat dan nuttella ikut cita rasa. Anak-anak mesti suka. Jika nak cuba boleh ikut saja perkongsian Puan Aliah Yahaya

ini.

Bahan-bahan

1 cawan tepung naik sendiri (self rising flour)
3 sudu besar mayones (apa-apa jenama pun boleh)
1/2 cawan susu segar (fresh milk)

Cara membuat:
  1. Mula-mula masukkan tepung naik sendiri dalam bekas.

2. Kemudian masukkan pula mayones.

3. Gaul tepung naik sendiri dan mayonis. Kacau rata.

4. Kemudian masukkan pula susu segar.

5. Gaul asal sebati. Jangan lama sangat.  Ingat ya. Dah sebati terus berhenti gaul. Jika gaul lama, muffin akan keras.

6. Masukkan dalam cawan kertas, adunan ini dapat dalam 6-7 cawan saja.

7. Bakar 200°C /20 minit .

8. Siap. Rasanya macam scones pun ada. Tapi lembut. Tak manis sangat. Boleh je tukar flavour kalau suka.

Info
  • Muffin ini tak gunakan gula tapi ada rasa manis, cuma ringan saja. Jadi memang sesuai untuk dimakan bersama dengan sapuan jem, coklat, Nutella dan sebagainya.

Sumber: Aliah Yahaya

 

IKLAN