Cara Mudah Buat Kek Span Keladi Sedap & Gebu!

Share

Ada siapa di sini suka warna ungu? Melihatkan kek span keladi ni, nampak macam sedap dan gebu je.

Kalau ada keladi di rumah dan tak tahu nak buat apa, bolehlah cuba resipi kek span keladi gebu ini yang dikongsi saudari Nor Al Fatihah.

 

KEK SPAN KELADI GEBU

BAHAN MERINGUE:

6 biji putih telur A @ B
3/4 cawan gula kastor (kalau gula pasir 1/2 cawan saja) – beli online di sini
1 sudu teh cream of tartar (boleh ganti 1 sudu besar jus lemon) – beli online di sini

TONTON Dapur Rasa Live | Biscoff Brownies 

TONTON Muffin Coklat Biscoff Lotus Bersama Siti Norliza Mohd Misni

BAHAN KEK:

6 biji kuning telur A @ B


½ cawan santan pekat – beli online di sini
½ cawan minyak masak – beli online di sini
½ sudu teh yam emulco (perisa keladi)
1 cawan tepung naik sendiri (tepung kek Bluekey kotak pink)
Pewarna ungu & putih

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA-CARA:

1. MERINGUE – Pastikan bekas adunan bersih daripada air atau minyak. Mula-mula pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar. Pukul lagi dengan medium speed.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 peringkat sambil pukul dengan high speed hingga stiff peak (bertanduk). Bila diterbalikkan bekas adunan tak jatuh. Ketepikan.
3. KEK – Satukan kuning telur, santan, minyak, yam emulco atau perisa keladi. Pukul lagi dengan medium speed dalam 3-4 minit hingga kembang.
4. Masukkan tepung dan pukul sekejap saja dalam 1 minit. Masukkan meringue sedikit demi sedikit secara 3 peringkat sambil kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan-lahan hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan pewarna ungu dan satu lagi dicampur dengan pewarna putih. Kalau tak ada, boleh dibiarkan kosong saja atau boleh nak warnakan dengan warna lain.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Masa ni boleh panaskan ketuhar dulu, pada suhu 150°c selama 10 minit api bawah. Sapu loyang 9 inci dengan marjerin dan alas dengan baking paper di bawah dan tepi loyang.
7. Mula-mula sudukan adunan putih sebanyak 4 sudu besar di tengah-tengah loyang. Kemudian, sudukan pula adunan ungu di atasnya. Jangan dikacau. Ulang lagi langkah sama hingga habis. Di akhirnya, saya sudukan 3 sudu, kemudian 2 sudu dan atas sekali 1 sudu.


8. Tutup bahagian atas dengan adunan ungu. Kemudian, campur sedikit lagi pewarna ungu supaya lebih terang. Tompok-tompokkan dengan sudu, ambil pencungkil gigi tarik di tengah tompok-tompok tu menjadi bentuk love/daun.
9. Hentak-hentakkan sedikit loyang supaya tiada rongga udara/lubang setelah dibakar nanti.
10. Masukkan loyang kek ke dalam loyang yang lebih besar. Isi air panas hingga 1/4 dari loyang kek. Teknik ni ialah “water bath”.


11. Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam di rak tengah menggunakan api bawah dulu.
12. Kemudian, 5 minit lagi bakar api atas saja di rak paling bawah hingga sedikit keperangan di atasnya. Bila dicucuk dengan lidi ia bersih bermakna kek sudah masak.
13. Sebaik keluar dari oven, terus terbalikkan ke atas jaring dan terbalikkan semula ke atas. Potong dan sedia dihidangkan.

Kredit resipi: Nor Al Fatihah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN