Cara Mudah Buat Daging Burger Homemade Yang Sedap

Share

Jom buat sendiri daging burger homemade! Makanan segera sejukbeku seperti nuget, daging burger, sosej dan sebagainya mengandungi lemak dan garam yang tinggi.  Kalau diambil selalu, boleh mendatangkan masalah kesihatan. Malah ia juga boleh menyebabkan berat badan anda naik! Oleh itu, adalah lebih baik jika kita buat sendiri. Sekurangnya anda boleh kawal kandungan lemak serta garamnya. Salah satunya yang anda boleh buat ialah daging burger. Mudah, 100% daging dan tanpa bahan pengawet yang berbahaya. Barulah boleh makan tanpa rasa bersalah. Jom cuba resipi perkongssian saudari Sue Faizah

ni.

 

RESIPI DAGING BURGER HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan mentega bergaram (salted butter)
  • 1 biji bawang holland saiz kecil. (kalau saiz besar, guna separuh je)
  • 1 sudu teh serbuk blada hitam
  • 1 sudu teh mixed herbs
  • 500gm daging lembu atau ayam ( tanpa lemak & kulit ) yang dah dipotong kecil

 

CARA MEMASAK:

1. Kisar telur sampai berbuih.

2. Kemudian masukkan mentega, bawang holland, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Kisar lagi.

3. Seterusnya masukkan daging. Kisar lagi hingga halus.

4. Keluarkan bahan kisar dari blender dan masukkandalam acuan untuk bentukkepingan daging burger. (lapik acuan dengan plastik yang dah disapu dengan minyak masak sebelum bentukkan untuk elak daging melekat masa kukus atau masuk dalam peti sejuk beku.)

5. Untuk simpan, ada dua cara. Pilihan 1, boleh terus masukkan daging yang dahbentuk tadike dalam freezer

dalam 1 jam. Dah keras sikit, boleh ambil dan simpan dalam bekas bersesuaian.

ATAU

6. Pilihan 2, kukus daging burger sebentar anggaran 1 minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok. Jika kukus terlalu lama daging akan kurang berjus bila dimasak nanti). Kemudian boleh terus bungkus untuk sejukbekukan.

NOTA: Kalau yang suka masin, boleh tambah sedikit garam dalam adunan daging burger.

 

Kredit resipi & foto: Sue Faizah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN