Cara Mudah! Akok Kedut Guna Pembakar Roti, Siap Untuk Bekal Ke Pejabat…

Share

Kuih Akok adalah kuih tradisional yang tersohor di negeri Che Siti Wan Kembang. Akok yang sedap biasanya lemak, lembut dan berkedut- kedut rupanya dan sedap dengan aroma bakar melalui dapur arang. Berlainan dengan cara mudah ini hanya menggunakan pembakar roti, kamu dah boleh makan akok kedut homemade. Sesuai untuk ibu bekerjaya yang mahu pantas dalam penyediaan sarapan pagi dan minum petang. Cubalah!

RESIPI AKOK KEDUT

BAHAN-BAHAN:

Bahan Kisar:

  • 5 biji telur
  • Sedikit perisa pandan (option)
  • Secubit garam
  • Santan 1/2 kotak (size kecil)
  • Tepung gandum 3 sudu makan

Bahan Lain:

  • Masak air gula & sejukkan*
    (1 cawan air + Gula pasir + gula merah + daun pandan)
    Sukatan ikut kemanisan masing2
  • Masukkan 2 sudu minyak masak utk effect golden brown
  • Masukkan air gula* yang dah sejuk tadi, blend sekejap.

CARA MEMASAK:

  1. Bahan kisar tadi dituang dalam bekas pembakar roti
  2. Bakar smpai golden brown.
  3. Siap

 

Kongsi resipi: Halimatun As Saadiah Ismail

IKLAN