Di musim korban ini tentunya banyak stok daging di rumah. Agak mustahil untuk menikmatinya dalam jumlah yang banyak. Oleh itu cara penyimpanan serta pengurusan yang betul amat penting bagi memastikan daging korban dapat disimpan dalam masa yang lama, kekal enak serta kualitinya terjaga. Menerusi posting FB dari saudara MB Johari Haji Ismail yang dikreditkan kepada Chef Mawi, beliau berkongsi kaedah penyimpanan daging yang betul. Puan-puan boleh cuba.
KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL AGAR KUALITI DAGING TERJAGA.
1. ELAK CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN.
Ads
Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, dikhuatiri kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging seterusnya merosakan kualiti. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.
2. SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG KECIL KE DALAM FREZER.
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan (2-4 kg) di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg. Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja. Biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
3. ELAK TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
4. ELAK CAIRKAN DAGING BEKU MENGUNAKAN AIR PANAS.
Ads
kredit foto: simplyklassichome.com
Jika hendak memasak daging beku, jangan cairkan ais dalam daging atau daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip bersuhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging lembut dan ais cair, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.
TIP TAMBAHAN:
Ads
kredit foto: Jillonthehill.com
Jangan guna plastik warna hitam kerana ia adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Sebaiknya gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar yang ada seal. Baarakallah. Semoga memberi manfaat.
Kredit kepadaChef Mawi Art Of Butchery Inovasi Evolusi BUTCHERY TRADING & CONSULTANCY Butchery Gear and Proper Equipments
Selalu bila potong nangka atau pisang muda pisau akan melekat dengan getahnya. Ia memang susah untuk dihilangkan. Cuci banyak kali pun getah tetap melekat.
Sebenarnya untuk bersihkan getak ini kena tahu teknik yang betul, barulah getah ini akan tanggal dari pisau. Caranya ditunjukkan oleh Wan Zamilah Yusuf
Cara bersihkan pisau selepas potong pisang muda dan nangka
1. Inilah pisau yang kena kesan getah pisang.
2. Caranya sapukan minyak masak pada bahagian pisau yang melekat getah.
3. Kemudian, panaskan pisau atas api. Gunakan api yang perlahan.
4. Bila pisau dah panas, boleh terus bersihkan atas kain. Lapkan.
5. Hasilnya bukan setakat getah saja hilang, pisau pun nampak lebih berkilat.
Panduan masak kenduri utk 100pax dan ada lebihan. Lengkap untuk tetamu dari sekitar 50 pax hingga 100 pax samaada makan buffet atau siap packing. Memang terbaik perkongsian Puan Sarah Zakaria ni. Sangat membantu kamu yang ingin masak sendiri untuk majlis kenduri kendara. Selamat mencuba!
Nasi 100 pax Buffet:
Jika masak nasi utk 100pax beras cukup 8kg shj !
Lebihan ada mayb dlm 20pax lg..
Jika guna beras biasa dan masak nasi yg berperisa contohnya nasi ayam/nasi tomato/jagung dll..
Beli beras yg mengandungi 5%beras hancur..Kt tepi plastik beras ade tulis.
Beras perlulah dibasuh dan direndam dlm 15minit pastu toskn..
Cara nak masak nasik berperisa ni perlu ukur beras dan air.
Contoh: (jika guna periuk nasi biasa kita dirumah dan masak berulang kali elok guna mug tinggi ni sbg ukuran)
Jika guna periuk besar yg muat 5kg elok guna gayung mandi sederhana tu..pastikn beli gayung baru ya..)
Beras 5 mug tinggi: air 5 mug tinggi juga x termasuk rempah dan susu cair…
Jika penggunaan susu cair melebihi 3tin..
Susu cair tersebut perlu dikira sekali air…
Ukur susu dlm mug tinggi juga…
Jika guna periuk yg besar muat 5kg beras..
Ukur guna gayung yg bersih..
5 gayung beras : 1 gayung susu cair, 4 gayung air..
Rempah jgn kira..
8kg beras (100pax)
Susu cair 6 tin
Jagung (nasi jagung) 6 tin
Tomato puri (nasi tomato) 6 tin
Jika masak nasi putih pun sama 8kg utk 100pax..
Guna 10% beras hancur pun ok..
Tp nasi x brape cantik la..
Ukuran air pun sama..
1 gayung beras : 1 gayung air..
Beras basmathi pun sama ukurannya..
Jika masak guna periuk kecil dan terpaksa masak byk kali..
Guna kn mug tinggi…
1 mug tinggi beras basmathi : 1 mug air..
Utk makanan siap pek (dlm polisterin atau food container) 5kg beras utk 50pax.. 9kg beras utk 100pax..
Ok setel bab nasi…
Ayam dan daging utk mkn 100pax Buffet:
Ayam beli yang berat 1.7kg-1.8kg dipotong 14..
Itu dah ngam untuk kenduri.
Kalau berat kurang dari itu tak sesuai potong 14.
Elok potong 12.
Untuk lebih jimat kita kene timbang ayam yang rangenya macam kak sarah sebut diatas…
Kalau terlalu kecil, tetamu akn ambil 2pcs.. Kalau terlalu besar akan menyebabkn pembaziran.. Sebab budak2 terpksa ambil ayam potongan besar pastu tak habis … Potong 14 adalah amat sesuai sekali.. Dengan berat ayam sekitar 1.7kg-1.8kg.. Kalau lebih dr 1.8kg-2kg bole potong 16..
Daging yg masak berkuah contoh kari:
100pax = 7kg daging
Sb kari ni muai..
Nanti nak ltk ubi kentang kan..
Ubi kentang elok ltk 3kg potong 4..
Utk siap pack sama je bhn2nya..
Serbuk kari 1.250kg
Serbuk cili 150g
Santan 1kg
Daging masak kicap/hitam atau rendang atau beriani yg kuah kering 100pax:
Adalah digalakkn utk guna 10kg daging..
Utk siap pack bole guna 8kg daging sahaja tapi perlu bajet daging yang diletak..
Kerisik adalah salah satu rencah yang menyedapkan masakan terutamanya dalam pembuatan rendang. Bila anda menggunakan kerisik buat sendiri ni, memang hasil masakan akan jadi lebih sedap dan berbeza dengan yang dibeli. Nak buatnya pun sangat mudah. Jom cuba perkongsian dari saudari Suhanawati Ismail Suwais ni.
CARA BUAT KERISIK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Kelapa parut secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng kepala parut tanpa minyak hingga menjadi kuning keemasan. Pastikan guna api kecil sahaja. Jika api besar, kelapa akan hangus dan kerisik akan jadi pahit.
2. Kemudian tumbuk atau kisar kelapa goreng tadi sehingga mengeluarkan minyak. Sebaiknya tumbuk guna lesung batu kerana rasa kerisik menjadi lebih sedap.
3. Bila minyak kerisik dah keluar, masukkan ke dalam bekas bersih dan ulang proses sama hingga kelapa habis.
4. Tutup bekas berisi kerisik dengan kemas dan boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa perlu letak dalam peti sejuk. Ia juga tahan berbulan-bulan.