Cara Membuat Puding Dengan Kuah Kastad, Manisan Sedap Iringi Berbuka

Share

Di kala PKP ni yang pasti ketiadaan bazar ramadan menyebabkan tiada lagi kemeriahan orang ramai membeli juadah berbuka. Jadi apakata kita masak menu manisan pencuci mulut sendiri dengan mencuba Puding Berkuah Kastad.

Resipi dari laman FB Meong ni boleh dicuba. Dimakan dingin dari peti sejuk memang nyamanlah menikmatinya.

PUDING BERKUAH KASTAD SIMPLE

BAHAN-BAHAN :

Bahan puding :
1 bungkus agar2 tali (20gm)
1 liter air
1/2 cawan gula
5 biji telur (asingkan kuning dan putih)
2 biji kuning telur


I sudu kecil esen vanila
Pewarna merah jambu (ikut la nk warna apapun)

Bahan kuah kastard :
1 tin susu sejat
1 1/2 tin air (guna tin susu sejat)
1 sudu besar kastad
3 biji kuning telur
4/4 cawan gula
1sudu kecil esen vanila

CARA MEMASAK :

1. Mula-mula didihkan air, dah mendidih masukkan agar2 tali. Kacau sehingga agar2 betul2 larut. Kemudian sejukkan.


2. Asingkan kuning dan putih telur. Usah keliru, telur memang 5 biji saja. Tp mok punya kuning telur ada , ada sebiji yang kembar ni.telur gred jumbo ni mmg selalu ada telur kembau..nasib2 je ni😁😁


3. Masukkan telur putih dlm bekas lain, putarkan dengan kelajuan maximum sehingga telur putih tu jadi kembang dan meringue


4. Kalau terbalikkan bekas dia x jatuh dah.


5. Masukkan telur kuning 2 biji tadi, putar lagi.Putar sampai betul2 sebati.

6. Kemudian masukkan gula,esen vanila, putar lagi sampai sebati dan gebu.
7. Lepas tu dgn perlahan masukkan larutan agar2 tadi. Pastikan larutan dah sejuk tau.Jgn letak panas suam nnt buih x menjadi,kemudian sambung putar

8. Masa ni mok kelam kabut😂😂bekas x muat wey..capai je mana2 periuk yg ada kt dapur..
9. Masukkan pewarna.. Putar lagi hingga betul2 sebati.


10.Dah selesai.. Masukkan dalam acuan..
11.Masukkan dlm peti ais..
12.Sementara tunggu puding mengeras dan betul2 sejuk,kita buat kuah kastard pulak .


13.Masukkan semua bahan kuah kastad dlm periuk.. Tapi utk tepung kastad tu lebih baik larut dlm air sikit..baru curah dlm periuk..
14.Panaskan sehingga mendidih,jgn berhenti kacau sbb dia cepat hangit..
15.Dah mendidih dan bau wangi,tutup api. Tapi pastikan korang kacau lagi. Sehingga kurang buih, lepass tu boleh sejukkan.
16.Puding dah sejuk..kuah kastard dah sejuk..

Mari lah kita mkn…aummm..sejuk tekak.

Kredit FB :Meong

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

IKLAN