Cara Masak Sotong Stim Ala Thai Yang Comfirm Sedap.

Share

Nak makan puas dan sedap, menu ni, anda boleh cuba resipi yang RASA sediakan ini, ia mudah, simple dan tak perlulah nak berlama-lama di dapur. Hasilnya mak-mak tak perlulah berlama di dapur untuk mendapatkan menu yang super sedap ni. Ikut resipi jamin jadi.

SOTONG STIM ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
500gm-1kg sotong | bersihkan dan hiris bulat
7-8 biji bawang putih | cincang halus
8-9 biji cili padi | cincang halus
3 biji limau nipis | ambil jus
Daun ketumbar secukupnya
1 kiub pati ayam
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula

CARA MEMBUAT:

  1. Kukus sotong lebih kurang 7 minit, air sotong jangan buat dan ketepikan.
  2. Untuk sos: Panaskan 1 cawan air, masukkan kiub pati ayam dan gula. Tutup api.
  3. Tunggu hingga kuah suam sekejap, boleh masukkan, kicap sotong,cili, bawang putih, jus limau nipis dan daun ketumbar.
  4. Rasa, mana-mana rasa yang tak cukup boleh tambah hingga dapat rasa yang sempurna.
  5. Setelah siap tuangkan sos ke atas sotong yang telah dikukus tadi.
  6. Sedia dihidangkan.

INFO: Nak guna ikan pun boleh, terserah pada anda.

Sumber : Ayadieeya

IKLAN