Hidangan Ikan Siakap 3 Rasa ni memang digemari ramai. Jika makan di restoran harganya boleh mencecah RM30 keatas untuk seekor ikan yang siap dimasak. Jika buat sendiri, seekor ikan siakap saiz sederhana harga seekor tak sampai pun RM10. Jadi, apa kata anda masak je sendiri guna resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi. Sama sedap macam hidangan restoran dan paling penting, dijamin halal dan jimat belanja! Selamat mencuba.
SIAKAP 3 RASA ARORA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap – belah dan bersihkan
2 hiris halia – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
1/2 sudu teh garam
3/4 sudu makan tepung jagung
1 1/2 senduk cili kering kisar
1/2 senduk sos cili
1 sudu makan sos tiram
3/4 gelas air asam jawa ( secubit asam jawa + ¾ gelas air)
1 3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu makan perencah Hilal – jika ada
BAHAN POTONG:
1/2 biji bawang merah- dadu
1/2 biji bawang Holland- dadu
2 ulas bawang putih – dadu
2 helai daun limau purut
2 hiris halia- hiris memanjang
3 tangkai cili padi merah
1 tangkai cili besar hijau
1 batang serai- hiris serong
1 hiris nanas- hiris dadu
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang merah
1/4 biji bawang Holland
1 ulas bawang putih
1/4 sudu teh ketumbar& jintan putih
2 hiris (nipis) serai
1/4 hiris (nipis) halia
Ads
CARA MEMASAK:
1. Perapkan ikan dengan bahan-bahan tumbuk ( halia & bawang putih) dan garam. Biarkan selama 1/2 jam.
2. Kemudian tabur tepung jagung dan lumurkan di seluruh ikan supaya rata. Ia bertujuan untuk elak isi ikan melekat dan isinya jadi rangup.
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ikan hingga garing. Letak atas pinggan hidangan.
4. Dengan guna lebihan minyak goreng ikan tadi, masukkan bahan-bahan hiris kecuali cili dan nanas.
5. Kemudian masukkan 1 senduk bahan kisar. Tumis hingga naik bau dan sedikit garing.
6. Masukkan juga cili kering kisar. Tutup kuali seketika sehingga kauh menjadi pecah minyak.
7. Tambahkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa. Kacau sekata dengan api perlahan.
Ads
8. Perasakan dengan gula, garam dan perasa. Boleh sesuaikan rasa ikut citarasa.
9. Akhir sekali, masukkan potongan nanas dan juga cili padi potong ( jika suka). Kacau rata.
Ads
10. Tuang sos ke atas ikan dan hias ikut kreativiti anda. Sedia untuk dinikmati.
Risau betul dengan jangkitan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang menular sekarang. Jika ada anak anda dijangkiti diharapkan ia segera sembuh. Namun dalam proses sembuh itu, mungkin selera makan si kecil berkurangan. Ibu-ibu jangan bimbang, ini RASA kongsikan tiga menu sup yang ringkas, sedap dan tidak pedas. Anda boleh cuba untuk mengembalikan selera makan si kecil.
Diharapkan kesegaran dan keenakan sup ini membantu anak yang susut badan kembali berselera dan cepat pulih dari deman. Malah anda sekeluarga juga boleh makan bersama untuk kembalikan keceriaan si kecil.
SUP BEBOLA IKAN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
3cm halia
2 sudu rempah sup
1 paket stok ayam
1 tangkai daun sup |hiris halus
1 batang daun leek | potong serong
½ biji lobak merah | potong serong
5 biji tomato ceri
10 biji bebola ikan
10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
Lada sulah secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Kemudian, panaskan satu sudu minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama rempah sup.
Kemudian, masukkan air sehingga mendidih dan masukkan lobak merah, stok ayam dan bebola ikan.
Setelah bahan empuk, masukkan hirisan daun leek, daun sup dan tomato ceri, bersama telur puyuh beserta lada sulah dan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
SUP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2.5cm halia | hiris
3 biji kentang | potong empat
1 batang lobak merah | potong
50gm suhun
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan | hiris halus
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih. Masukkan kentang, lobak merah serta stok ayam. Kacau sekata.
Setelah kentang empuk, kecilkan api.
Perlahan-lahan pecah telur ke dalam sup satu persatu.
Biarkan dan jangan kacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.
Kemudian masukkan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
SUP KEPALA IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1-2 kepala ikan merah |bersih dan toskan
1biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
3cm halia | hiris halus
1 batang serai | titik
1 bunjut sup bunjut
Rempah penumis |bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
1/2 sudu teh jus limau nipis
Sedikit hirisan daun sup dan bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
Setelah kekuningan masukkan rempah penumis, sup bunjut dan serai.
Kacau lagi setelah naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
Bila kuah sudah mendidih masukkan kepala ikan, garam dan perasa secukupnya.
Setelah masak, masukkan jus limau nipis,serbuk lada sulah dan lada hitam.
Sebelum hidangkan tabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daunbawang.
Ini resipi paling win untuk bulan puasa nanti. Sahur dapat menu ni senyap semua orang. Ikan bilis tumis asam ni dimakan dengan nasi panas-panas memang layan. Lebihan minyak pada kuah jangan buang, part tu yang heaven gaul-gaul dengan nasi panas.Kuah asam biarkan kejap baru masukkan bilis garing supaya bilis kekal garing.
IKAN BILIS TUMIS ASAM
Bahan-bahan:
2 genggam besar ikan bilis @ secukupnya, basuh toskan.Goreng garing & ketepikan.
5 ulas bawang merah -hiris nipis-beli online di sini
3 ulas bawang putih-hiris nipis-beli online di sini
Siapa di sini suka makan nasi dengan lauk simple? Lebih-lebih lagi lauk ikan tenggiri jeruk yang digoreng.
Sebenarnya, anda boleh hasilkan ikan tenggiri jeruk ni secara homemade. Biasanya beli je kan? Menerusi perkongsian Suraya Soib, anda bolehlah buat sendiri.
1. Ikan tenggiri yang dibeli, disiang dan dibersihkan. Kemudian, jemur ikan di bawah cahaya matahari selama 2 jam.
2. Lepas 2 jam, celup ikan di dalam cuka. Kemudian masukkan ikan dalam bekas. Tabur dengan garam dan asam keping. Tutup bekas dan simpan selama 7 hari.
4. Letak minyak masak dalam botol sehingga menenggelami ikan. Tutup botol dengan penutup. Dah siap. Boleh simpan dalam peti sejuk atau di luar saja. Saya simpan dalam peti sejuk.
*Ada orang kata ikan tenggiri jeruk ni boleh tahan lama hingga berbulan-bulan.