Apa yang saya perasan, apabila kita menggunakan jenis beras yang berbeza, cara untuk memasaknya juga lain. Ada masanya nasi saya jadi ‘cantik’, kadang-kadang lembik dan pernah juga keras dan kurang masak kerana tak cukup air. Apakah teknik memasak nasi yang betul?
Lain kualiti beras yang digunakan, sudah tentunya cara untuk menyukat air ketika memasaknya juga akan berbeza. Sebaiknya, kuasai 8 teknik ringkas ini bagi memastikan nasi yang anda masak ‘menjadi’.
1. SUKAT GUNA CAWAN
Sudah menjadi kebiasaan, kebanyakan orang menggunakan cawan untuk menyukat beras. Pastikan anda menggunakan cawan yang sama bagi menyukat jumlah beras dan air. Formula terbaik untuk memasak nasi adalah 1:1 atau 1: 1.5 iaitu, 1 cawan beras bersamaan dengan 1 hingga 1 1/2 cawan air. Jika anda menggunakan beras yang perlu dimasak menggunakan banyak air seperti beras siam, jumlah airnya mungkin perlu ditambah.
2. GEMBUR NASI
foto: blueapron.com
Untuk menjadikan nasi yang dimasak jadi lebih elok dan berbutir, anda digalakkan untuk menggembur nasi sebaik sahaja airnya sudah kering. gemburkan dengan lembut supaya nasi tidak hancur dan tutup semula periuk sehingga nasi benar-benar masak.
3. TIGA KALI BASUH
Ads
foto: loveandrelish.com
Untuk menggelakkan nasi menjadi lekas basi adalah dengan membasuh dan bilas beras sebanyak 3 kali. Kurang daripada itu akan menyebabkan kanjinya terlalu banyak dan nasi mudah basi kerana teksturnya cenderung untuk menjadi lembik.
4. SUKAT GUNA RUAS JARI
Untuk menyukat jumlah air yang cukup untuk beras yang dimasak adalah dengan menggunakan ruas jari hantu atau telunjuk. Selepas beras dibilas, ratakan permukaan beras dan celupkan jari ke dalam air. Pastikan jari berada di atas permukaan beras dan sukatan air haruslah berada pada satu ruas jari.
5. MASAK ATAS DAPUR
Ads
foto: tastessence.com
Jika anda memasak nasi atas dapur, jangan mudah alpa. Menggunakan periuk elektrik sangat mudah kerana suhunya akan berubah sendiri mengikut tetapan yang telah dipilih. Memasak nasi di atas dapur memerlukan anda untuk menjadi lebih peka supaya nasi tidak hangit.
Ketika air mulai kering, anda harus perlahankan sedikit api supaya nasi masak perlahan-lahan tanpa menghangitkannya. Kemudian, gembur nasi dan dibiarkan selama lebih kurang 7-10 minit lagi supaya ia benar-benar kering dan masak dengan sekata.
6. LEBIHAN NASI
Untuk membuat nasi goreng, anda harus menggunakan nasi yang dimasak dengan tepat. Jika nasi yang digunakan lembik, nasi goreng akan hancur dan tidak sedap. Jika ada lebihan nasi dan anda merancang untuk masak pada hari esoknya, simpanlah di dalam peti ais supaya teksturnya menjadi lebih cantik dan sesuai digoreng.
Ads
7. MASAK BERAS BASMATHI
foto: gsvexports.com
Untuk memasak beras basmathi, caranya tidak sama seperti anda memasak nasi biasa. Gunakan sukatan beras dan air pada nisbah 1: 1.5. Katakan anda guna 2 cawan beras, maka airnya haruslah 3 cawan air. Anda juga perlu rendam beras sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak untuk hasil nasi yang gebu dan lembut. Jika kesuntukan masa dan tak nak rendam beras, boleh tambah air kepada dua cawan.
8. MASAK BERAS PERANG
Jika anda mahu memasak beras perang, lebih kurang sama dengan beras basmathi. Untuk 1 cawan beras perang, masak menggunakan 1.5 – 2 cawan air. Masaklah seperti biasa. Anda pasti akan sukakan rasanya.
Moga perkongsian ini memberi manfaat dan membantu anda di dapur. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuetiau goreng sememangnya merupakan satu hidangan yang menjadi kegemaran ramai. Namun, masalah yang sering dihadapi bila menggoreng kuetiau adalah kuetiau menjadi lembik, hancur dan kembang. Jika perkara ini terjadi pada anda, ikut sahaja tip yang dikongsi oleh Yurni Emilia ini. Pasti sempurna kejadian kuetiau anda selepas ini.
TIP MENGGORENG KUETIAU
1. Paling penting, kuetiau tidak serasi dengan air. Jadi, apa yang perlu anda lakukan?
Jangan basuh terlalu lama. Bila basuh, pastikan ia ditos kering cepat-cepat.
Basuh guna air paip sahaja. Bukan air panas.
Membasuh kuetiau adalah pilihan, ada yang basuh dan ada juga yang tidak. Jika anda basuh, leraikan juga kuetiau satu persatu supaya tidak melekat.
2. Bila menggoreng kuetiau, letak minyak lebih sedikit.
3. Jika anda mahu stail ala Penang, boleh letak sedikit minyak bijan. Letak sedikit sahaja kerana minyak bijan berbau kuat.
4. Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh atau sos cili/tomato.
5. Tambah air jika anda nak masak char kuetiau banjir.
6. Jika nak tambah telur, pastikan telur digoreng kering sedikit sebelum digaulkan atau dikacau dengan char kuetiau yang sedang digoreng.
Peminat tegar nasi ayam mesti suka kalau ayam yang dihidangkan sedap, rangup di luar dan lembut di dalam. Pasti mendapat pujian keluarga kalau sediakan ayam sebegini, rasa terliur boleh lah cuba buat untuk makan tengahari ni.
BAHAN-BAHAN:
(1 ) AIR UTK REBUSAN AYAM
Garam sikit
Gula lebih / madu maltose
Limau nipis
Kicap pekat(pastikan bila masuk kicap dalam air mndidih tu jangan terlalu banyak..agak2 warna air tu jadi mcm teh o nipis)
(2) Ayam bulat seekor
CARA MEMASAK:
Didihkan air masukkan bahan-bahan no.1
Dah mendidih rebus ayam seekor tadi selama 4 minit
Angkat ayam tadi dan sejukkan sampai kulit ayam tadi nampak kering, kalau nak cepat kering kulit ayam tu kipaskn atau jemur dalam 15minit macam tu..
Ok cara paling baik untuk goreng sebaiknya pakai minyak yang banyak sekurang2 boleh tenggelamkan seluruh badan ayam tu
Panaskan minyak selama 15min dengan kadar api sederhana jangan terlalu kuat jangan terlalu perlahan..
Minyak dah panas masukkan ayam tadi & set masa 15-18min untuk seekor ayam tu..dah siap angkat ayam toskn minyak..selepas tu boleh potong & sedia dihidangkan..
Selamat mencuba kawan2..kita berkongsi ilmu yg ada je
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!