Sedapnya Nasi Kerabu Golok perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Cukup lengkap dengan aneka hirisan ulam, sambal dan ayam bakar. Malah resipinya juga diolah supaya lebih sihat dan sesuai untuk orang yang sedap diet. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI NASI KERABU GOLOK
BAHAN-BAHAN:
Nasi berherba @ nasi biru
1 sudu makan sambal kelapa parut
1 sudu makan sambal isi ikan
2 genggam ulam
1 sudu teh (sudu kfc) sambal jantan
1 sudu teh (sudu kfc) budu
1 keping dada ayam bakar blackpepper
CARA PENYEDIAAN: 1. Satukan semua bahan di atas di dalam pinggan. Gaul rata dan nikmati segera bersama ayam bakar. 2. Boleh juga tambah keropok ikan goreng untuk menaikkan lagi keenakan nasi kerabu.
CARA MENYEDIAKAN BAHAN SAMPINGAN NASI KERABU
1. SAMBAL NYIUR @ KELAPA PARUT
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris nipis halia
1 batang serai
1 sudu makan gula perang rendah GI – boleh ganti dengan gula melaka
1/2 sudu makan garam bukit
1 sudu makan serbuk lada hitam
CARA MEMASAK: 1. Sangai kelapa parut hingga kekuningan.
Ads
2. Masukkan semua bahan kisar ke dalam mesin blender.
3. Kisar semua bahan tanpa menggunakan air atau boleh juga ditumbuk. 4. Satukan bahan yang telah dikisar dalam kelapa parut tadi. Gaul sekata.
5. Sangai semula bahan yang digaul tadi menggunakan api perlahan untuk mengelakkan kelapa cepat rosak. Biarkan 2-3 minit sebelum ditutup apinya.
6. Sambal Kelapa siap disediakan.
2. SAMBAL ISI IKAN
BAHAN-BAHAN:
7-8 ekor ikan sardin @ selayang
1 sudu makan cuka
2 keping asam gelugur
2 hiris lengkuas
1/2 sudu makan garam bukit
1/2 inci nise @ manisan
Air secukupnya
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk lada putih
Secubit garam bukit
CARA MEMASAK: 1. Rebus ikan sardin / selayang. Caranya, susun ikan dalam periuk. Masukkan cuka, asam gelugur, lengkuas, garam bukit dan ‘nise’. 2. Tambahkan sedikit air. Rebus sehingga air ikan sedikit kering. 3. Kemudian, asingkan tulang dan isi ikan. Tumbuk isi ikan sedikit lumat.
4. Masukkan isi ikan ke dalam kuali. Tambah serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan garam. Gaul sekata.
5. Sangai selama 5-6 minit atau sehingga isi ikan jadi kering. Padamkan api dan ketepikan.
3. AYAM BAKAR BLACKPEPPER
BAHAN-BAHAN:
4 ketul isi ayam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih – tumbuk lumat
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu teh garam bukit
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap selama 30 minit.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Kemudian bakar ayam hingga masak.
Ads
4. NASI BERHERBA ( NASI KERABU BUNGA TELANG)
BAHAN-BAHAN:
10 kuntum bunga telang
Beras secukupnya – ikut jumlah yang anda hendak masak
Air yang telah disukat ikut jumlah beras yang dimasak
1 helai daun kunyit
1 batang serai – dititik
2 hiris halia
2 helai daun limau purut
CARA MEMASAK: 1. Buang tangkai bunga telang.Kemudian kisar dengan air hingga lumat.
2. Cuci beras hingga bersih kemudian masukkan air bunga telang tadi. 3. Masukkan juga daun kunyit, serai, halia dan daun limau purut.
4. Masak nasi seperti biasa.
5. SAMBAL JANTAN VERSI DIET
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 genggam cili padi merah
1 biji lemon – ambil jusnya
1/2 sudu teh garam bukit
1/2 sudu teh gula perang @ brown sugar
Sedikit air
CARA MEMASAK: 1. Kisar semua bahan sehingga sedikit lumat. Masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk digunakan. ( INFO: untuk menghasilkan rasa sambal yang sedap dan kurang pedas, seeloknya sambal dibuat lebih awal.)
6. BUDU ( Campur rata)
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk budu – apa-apa jenama
Perahan jus lemon atau limau nipis secukupnya
Langgan Rasa
7. ULAM-ULAMAN NASI KERABU
BAHAN-BAHAN:
Daun kesum
Daun selom
Daun ulam raja
Daun kunyit
Bunga kantan
Serai
Timun jepun
Tauge
CARA-CARA: 1. Semua bahan ulam ( kecuali tauge) dihiris halus.
Nasi beriani ayam tanam ini wajib dicuba jika suka makan nasi berperisa.
Keistimewaan hidangan ini terletak pada ayam yang diperap dengan pelbagai rempah, kemudian ‘ditanam’ dalam nasi beriani yang wangi dan kaya dengan rasa.
Teknik memasak berlapis yang digunakan ini membuatkan setiap butir nasi menyerap rasa ayam. Hasilnya rasa nasi saja pun sudah sedap.
Resipi nasi beriani ayam tanam
A: Bahan Perapan Ayam (1.5kg)
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 biji tomato (dikisar)
4 sudu besar yogurt
5 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar garam masala
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar lada hitam
Garam secukup rasa
Cara perapan: Gaulkan semua bahan bersama ayam dan perap selama 30 minit.
B. Bahan penyediaan beras beriani
1.2kg beras basmathi
3 helai daun bay/salam
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar garam
1 sudu besar minyak masak
Cara merebus beras: Didihkan air bersama bahan-bahan di atas, kemudian masukkan beras dan rebus selama 5-7 minit. Toskan dan ketepikan.
C. Bahan Tumisan
1 biji bawang Holland (dimayang)
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
4 sekawan (rempah)
3 helai daun salam
D. Bahan-bahan lain
2 ikat daun ketumbar
1/2 tin susu cair
2 genggam biji gajus (digoreng)
1 kotak kecil kismis
2 cawan bawang goreng
2 biji kentang (dipotong nipis dan digoreng – untuk lapisan bawah nasi)
3 biji tomato (1 untuk ayam, 1 untuk nasi, 1 untuk salad)
6 biji telur (direbus dan ditanam bersama ayam)
Cili besar hijau / cili padi hijau
Garam, gula dan perasa secukup rasa
Daun pudina (jika suka)
Pewarna kuning
Cara memasak ayam
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk.
Tumis bawang Holland bersama rempah 4 sekawan dan akar ketumbar hingga naik bau.
Masukkan ayam yang telah diperap dan tutup periuk selama 20 minit hingga pecah minyak.
Tambahkan 1 cawan bawang goreng, tomato, cili hijau, kismis, daun ketumbar serta garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan ketepikan ayam.
Cara menyediakan nasi beriani
Susun kentang goreng di bahagian dasar kuali sebagai lapisan pertama. Tambah satu lapisan nasi yang telah direbus.
Susun ayam beriani sebagai lapisan kedua. Letakkan lagi satu lapisan nasi, taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.
Ulang proses ini sehingga semua bahan habis, dengan lapisan terakhir adalah nasi.
Titiskan pewarna kuning, susu cair dan sedikit minyak di atas nasi.
Tutup kuali dan masak dengan api kecil selama 15-20 minit.
Biarkan nasi rehat selama 10 minit sebelum dikacau perlahan. Siap untuk dihidangkan bersama salad dan sambal cili.
Kata orang, nak pikat perut suami, gunalah masakan yang ikhlas daripada isteri. Jika tak tahu nak masak apa untuk menu lauk tengahari, bolehlah cuba resipi Crispy Beef atau Daging Rangup.
Resipi daripada Umi Watie ini, kalau dinikmati dengan nasi panas-panas begitu saja pun, boleh buat selera bertambah.
CRISPY BEEF @ DAGING RANGUP
BAHAN-BAHAN:
400 g daging** (sebaiknya gunakan bahagian daging yang lembut seperti tendelion, batang pinang atau harimau menangis) 1 biji telur** 2 ulas bawang putih** – beli online di sini 1 sudu besar lada sulah** 5 sudu besar tepung jagung** – beli online di sini 2 sudu besar kicap cair** – beli online di sini ½ biji bawang Holland – beli online di sini 2 ulas bawang putih 2 sudu besar empingan cili 1 sudu besar bijan 1 sudu besar kicap manis – beli online di sini 2 sudu besar cuka – beli online di sini 3 sudu besar sos tomato – beli online di sini Garam & gula secukupnya
1. Bahan bertanda ** kita perapkan terlebih dahulu. Kalau boleh 30 minit lebih awal supaya bahan tadi mesra. Daging tu kalau boleh hiris nipis-nipis tau. 2. Bila dah siap perap bagai tu, bolehlah kita gorengkan daging kita tadi dalam minyak yang panas. 3. Gorengkan daging tadi sampai garing tau. Saya guna daging batang pinang, jadi memang tak liat. Jadi dia akan rangup di luar tapi lembut di dalam.
4. Bawang Holland kita tadi tu, kita hiriskan kemudian tumiskan sampai kekuningan atau kita caramelized kan. Bawang ni yang buat crispy beef kita tu nanti istimewa. 5. Tumiskan bawang putih yang kita cincang dan empingan cili. Kalau nak guna cili kisar pun boleh. Gantikan saja, takde masalah.
6. Bila semua bahan tumisan tadi dah wangi, kita masukkan cuka, kicap manis dan sos tomato dalam kuali. Kacau-kacaukan semua bahan supaya rata. 7. Perasakan dengan garam dan gula ya. Kita seimbangkan rasa masam, masin dan manis sos kita ni. Biarkan mereneh sekejap. 8. Masukkan bawang holland yang dicaramelizedkan tadi. Jangan lupa tau, nanti kurang kick.
9. Masukkan juga bijan yang telah kita sangai terlebih dahulu. Tutupkan api dapur. 10. Masukkan daging yang telah kita gorengkan tadi. Gaulkan sebati. Dah siap.
Biasa tauhu telur dimasak sup je kan? Sebenarnya ada menu berkuah lain yang sedap dimasak menggunakan tauhu telur ini. Saudari Raihanatu Zie ada kongsikan resipi Sizzling Tauhu Telur yang cukup sedap dan mudah yang boleh anda cuba. Rasanya tidak pedas, pasti kena dengan selera anak-anak. Jom cuba!
CARA MASAK SIZZLING TAUHU TELUR
BAHAN-BAHAN:
3 tiub tauhu telur Capsicum merah secukupnya Capsicum kuning secukupnya Bunga kubis secukupnya Cendawan shiitake – beli online disini 1 sudu makan lada putih – beli online disini 1 sudu makan kicap cair – boleh guna kicap masin – beli online disini 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan minyak bijan – beli online disini Tepung jagung secukupnya – beli online disini Sedikit bancuhan tepung jagung Hirisan daun bawang (additional) Minyak masak secukupnya Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Potong semua sayur-sayuran dan tauhu telur.
2. Salut kepingan tauhu telur bersama tepung jagung. 3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng kepingan tauhu telur tadi hingga kuning keperangan. Angkat dan toskan minyaknya. 4. Masukkan air secukupnya. Boleh juga masukkan air rebusan ayam. 5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan hirisan sayur-sayuran yang telah dipotong. 6. Letak serbuk lada putih, kicap cair, sos tiram dan minyak bijan. Sebatikan. 7. Seterusnya masukkan tauhu telur yang telah digoreng tadi. 8. Bila sudah mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung. Sebatikan. 9. Tabur daun bawang dan hidangkan segera.
INFO SIZZLING TAUHU TELUR:
Goreng tauhu telur tak perlu deep frying, guna sedikit minyak sahaja.
Lumur tauhu dengan tepung jagung supaya tauhu tidak hancur ketika digoreng.
Enak dinikmati bersama nasi wholegrain dan ulam timun.