Hidangan nasi dagang ini bukan jadi kegemaran orang pantai timur saja. Disebabkan itulah ramai yang sanggup belajar masak nasi dagang supaya puas makan di rumah.
Cuma bab masak nasi dagang yang perlu beberapa kali dikukus buat ramai yang terbantut hasrat untuk menyediakannya.
Tapi sebenarnya ada saja cara masak nasi dagang ekspres, yang mudah dan cepat tanpa perlu dikukus. Kaedah masak nasi dagang ini dikongsi oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim.
Cara masak nasi dagang ekspres, tak perlu kukus
Bahan nasi dagang:
1 cawan beras basmathi
1 cawan beras perang nasi dagang
1 cawan beras pulut
Halia dihiris
Bawang merah dihiris
Sedikit halba
Sedikit garam
Santan kelapa/santan kotak secukupnya campurkan dengan air. Jangan pekat sangat .
*Kuantiti santan ikut jumlah cawan beras atau lebihkan sedikit.
Cara membuat nasi dagang tanpa kukus
1. Beras perang direndam dahulu beberapa jam atau semalaman. Kalau guna steamed basmathi, hanya rendam dalam 10 minit cukup.
2. Basuh semua beras, masukkan semua ke dalam periuk.
Ads
3. Campurkan santan dengan air. Sukatannya dilebihkan, jadinya 4 cawan santan, 3 cawan beras atau ikut kesesuaian jenis beras Basmathi pilihan.
– Lebihkan santan biar berminyak dan berkilat nasi dagang.
– Kalau guna santan kotak boleh letak satu atau dua sudu minyak masak untuk kilatkan nasi dagang nanti.
4. Masukkan hirisan bawang dan halia serta halba. Masak seperti memasak nasi biasa atas api gas atau dalam periuk nasi elektrik.
– Kalau nampak nasi macam kurang masak boleh tambahkan santan.
Ads
Cara buat gulai ikan tongkol
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol, (ikan ayer hitam) – dikerat dan direbus bersama asam keping dan sedikit garam. Air rebusan jangan dibuang.
1 paket kecil rempah masak cap rose mawar(15g)
3 atau 4 sudu rempah gulai cap rose mawar
1 batang kayu manis
1 sdk serbuk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk ketumbar
2 inci belacan (jika suka)
Cili kisar – ikut tahap kepedasan
Bawang besar, halia dan bawang putih – dikisar
Lengkuas – dihiris
1 asam keping
Gula Melaka secukupnya
Sedikit kerisik (saya suka lebihkan)
Garam secukup rasa
Minyak masak
Santan kelapa
Cili/tomato/belimbing buluh untuk menambah warna dan selera
Beberapa biji telur rebus
Cara membuat
1.Tumis bahan kisar hingga timbul minyak. Masukkan cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak.
2. Masukkan semua rempah, gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air rebusan ikan bersama santan. Biarkan sampai mendidih.
3. Masukkan sebahagian lagi air rebusan ikan. Bila dah mendidih semula masukkan kerisik dan gula Melaka, tomato/belimbing buluh dan cili. Biarkan dengan api perlahan sehingga kuah agak pekat dan timbul minyak. Akhir sekali masukkan telur rebus.
Tip: Kalau nak buat sarapan, seeloknya masak lewat malam, biarkan semalaman.Kuah akan lagi cantik dan sedap. Pagi esoknya hangatkan saja sekejap dan hidang dengan nasi dagang panas.
Ads
Cara buat acar
-Timun,lobak,nanas dan cili dihiris
-Gaulkan kesemuanya dengan sedikit cuka. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Selain nasi ayam, nasi daging juga adalah salah satu hidangan yang sedap dan mampu membangkitkan selera. Baunya sahaja sudah menusuk rongga hidung dan membuatkan terliur untuk menikmatinya. Nasi daging adalah antara kegemaran ramai disebabkan rasanya yang sedap dan aromanya yang sungguh menepati cita rasa. Walaupun nak memasaknya agak banyak menggunakan bahan sebagai ramuan, namun ianya berbaloi sebab rasanya yang sedap.
NASI DAGING UTARA
BAHAN-BAHAN
• 1 kilo daging batang pinang dipotong kecil
• 1 kilo beras basmathi dibersih dan toskan
• 1/2 cawan susu cair
• 1/2 cawan minyak masak
• 3 sudu besar marjerin
• 1 tin tomato sup
• 3 sudu besar rempah nasi daging
• 1 sudu kecil rempah sajira
• sedikit gula batu
• garam secukup rasa
• sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
BAHAN TUMIS
• 4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.
• sedikit daun ketumbar
• 3 helai daun pandan
• 1 batang serai diketuk
• 1 labu bawang besar dikisar
• 3 ulas bawang putih dikisar
• 1 inci halia dikisar
• 3 cawan air
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta.
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia.
3. Masukkan bahan yang dikisar.
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air, kacau biar wangi.
5. Masukkan daging, tomato sup dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukkan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair.
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dengan rice cooker untuk nasi masak sekata.
8. Gemburkan nasi. Boleh ambil daging yang tertanam dalam nasi untuk dicecah bersama air asam.
AIR ASAM (kisar semua bahan)
• 4 biji cili
• 1 biji lada merah besar
• 1 ulas bawang putih
• 1 inci belacan yg dibakar
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos ikan
• 60 ml air asam jawa
• 1 sudu kecil gula
• secubit garam
BAHAN HIRIS
• Sedikit hirisan bawang merah
• Sedikit tomato (hiris dadu)
• Daun ketumbar (hiris halus)
• 1 biji cili (hiris bulat)
CARA MEMBUAT
1. Semua bahan di atas dikisar sehingga hancur atau separuh hancur terpulang nak macam mana. Kalau nak cair sedikit, tambahkan air kemudian perasakan kembali.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan tadi, dan siap untuk dihidang bersama nasi daging.
Ni haa..resipi soto ayam mudah dan senang dibuat. Tak ada rempah soto pun boleh boleh aje. Yang penting rencah nya kena cukup, bahan rempah eloknya disangai dahulu.
Jom kita semak resipi perkongsian daripada Masita Basir ni.
SOTO AYAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan A : (untuk kuah soto)
3 sudu ketumbar
1 sudu jintan mains
1 sudu jintan putih
2 biji buah keras
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
10 biji bawang kecil
5 ulas bawnag putih
* kesemua bahan ini diKISAR HALUS.
* Sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sedikit bunga cengkih.
CARA MEMBUAT:
1. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
2. Kemudian masuk bahan-bahan A yang telah dikisar tadi. Tumiskan hingga garing.
3. Masukkan pula air rebusan ayam.
4. Masak sehingga mendidih.
CADANGAN HIDANGAN :
– Boleh disediakan dengan nasi impit, mihun atau mi.
– Lebih menarik selera jika dihidangkan beseta sedikit tauge, bawang goreng, daun sup, begedil ayam dan ayam yang disiat kecil. (ayam rebusan tadi)
BAHAN BEGEDIL KENTANG :
1 kg kentang (digoreng dan ditumbuk)
100 gm daging (direbus)
Sedikit daun sup
Bawang goreng
Serbuk lada putih
1 biji telur
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT :
1. Daging yang sudah direbus tadi dicincang halus.
2. Gaulkan semua bahan tadi.
3. Kemudian bulat-bulatkan mengikut kesesuaian.
4. Pukul 1 biji telur.
5. Ambil begedil yang sudah dibulatkan tadi lantas dicelupkan dalam telur
6. Goreng hingga garing.
Ini cara paling mudah dan praktikal untuk masak nasi. Mama kami ajaq masak nasi tuk jumlah yg sikit macam ni la…untuk 3 org makan masak dalam mangkuk guna kaedah kukus.Nasi tak berkerak,cantik,gebu dan sexy.Hahaha!
Yg bestnya dah tak yah nk basuh nyental periuk nasi..Hangpa cuba la…ikut step yang kak zel bagi ni eh..
Caranya:
Basuh beras macam biasa
Jangan lupa salawat 3 kali naa..
Masuk dalam periuk kukus
Kukus selama lebih kurang 15 minit.
Tadaaa….!! SIAP!
Tip: guna mangkuk kaca lebih baik untuk kesihatan.
Banyak khasiat nanas ni! Buah tropika ini kaya bromelain dan vitamin C yang membantu rawat sakit sendi, tekanan darah tinggi, kecantikan kulit serta tenaga dalaman.