Sedapnya Nasi Ayam Hainan perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Rupanya tak sukar pun nak sediakan hidangan ini secara homemade. Lihatlah hasilnya, Nampak sedap dan macam sajian yang dibeli di restoran kan? Jom cuba buat untuk keluarga. Pasti suami dan anak-anak suka.
1. Panaskan beberapa ketulan lemak ayam ( ia boleh cantikkan warna kulit ayam jadi kekuningan). Setelah lemak cair, masukkan hirisan halia. Tumis seketika.
2. Kemudian, didihkan air. Barulah masukkan ayam yang telah dicucuk-cucuk isinya dengan garpu.Masukkan juga kiub pati ayam serta garam halus secukup rasa.
3. Angkat ayam selepas dicucuk sedikit untuk memastikan ayam sudah masak. Pastikan tidak terlalu lama dimasak. Ayam ni jika nak kukus pun boleh.
4. Tambahkan bebola ikan sebelum ditutup api. Ketepikan.
5. Tengok kulit ayam. Ini yang empunya resipi maksudkan lapisan kulit ayam kuning cantik masak guna lemak ayam.Sediakan ketulan ais.
6. Rendam seketika ayam yang telah diangkat untuk mematikan proses isi ayam terlebih masak.Isi ayam juga lebih segar.Toskan.
7. Potong 4 ayam yang telah ditos.Susun di atas pinggan.
Ads
8. Satukan bahan sos dan kacau sebati. Tuang ke atas ayam. Jika suka, boleh juga tambahkan minyak bijan.
BAHAN NASI AYAM:
1-2 cawan beras basmathi – basuh dan tos
Beberapa keping lemak ayam
Sedikit mentega
Beberapa keping halia
Serai
Daun pandan – disimpul
Kuah sup secukupnya
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Tumiskan sedikit ketulan lemak ayam. Juga sedikit mentega.Masukkan kepingan halia, serai dan daun pandan simpul.
Selepas naik bau, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga naik bau.
Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup dan sedikit air mengikut sukatan yang betul.
Masak seperti biasa.
BAHAN SAMBAL CILI
1 hiris nipis halia
4 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
1/2 sudu makan cuka
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kuah sup
CARA MEMASAK:
1. Kisar halia, cili merah dan bawang putih dengan cuka dan sedikit air. Masukkan juga sedikit garam serta gula.
Ads
2. Panaskan kisaran sambal cili dalam periuk supaya tahan lama.Masukkan sedikit kuah sup. Kacau dalam api perlahan untuk seketika.
BAHAN TAUGE STIR FRY
2 genggam tauge
Sedikit kucai
2-3 ulas bawang putih – hiris nipis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Juga sedikit sahaja air. Kacau.
3. Terus masukkan taugeh dan sedikit daun kucai.Balik-balikkan.
Ads
4. Tak perlu masak lama. Cukup hanya seminit sahaja bagi mengekalkan kerangupan dan kesedapan taugeh.
5. Untuk menikmatinya, hidangkan bersama nasi, ayam Hainan dan juga sup.
Hidangan yang berasal dari Indonesia ini memang sedap. Mi yang dinikmati bersama bebola daging, sup dan juga bahan sampingan lain ini ternyata perlu anda cuba. cara pembuatannya juga tidak susah.
BAKSO MUDAH
BAHAN-BAHAN:
500 gm mi kuning | dicelur seketika
500gm daging kisar
3 biji telur
150gm bawang merah | dikisar
100gm bawang putih | dikisar
50gm serbuk jintan manis | dikisar
30gm serbuk jintan putih | dikisar
20gm serbuk ketumbar | dikisar
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
1.5 liter air
1 sudu makan garam
1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Untuk membuat bakso, campurkan bahan kisar bersama daging hancur, telur, bawang merah serta bawang putih rata. Gaul hingga sebati dan kepalkan menjadi bentuk bebola. Ketepikan.
Untuk sup, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar serta kulit kayu manis, bunga lawang dan juga bunga cengkih.
Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan bebola daging yang telah dibuat tadi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih dan pastikan bakso telah masak.
Semalam ada buat pizza sebab anak-anak nak. Lebihan doh pizza pun masih ada jadi bolehlah kita buat roti sarang lebah untuk makan petang ni.Gerenti jadi rebutan anak-anak juga ni. Semerbak harum bau bila roti dibakar, buat tak sabar nak makan.
ROTI SARANG LEBAH Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum atau highprotein Sedikit garam ½ peket yis 1 sudu besar susu tepung 1 cawan gula 2 sudu besar susu pekat 1 sudu besar mentega 1 biji telur ½ cawan air (tak cukup nanti masuk je sikit-sikit sambil uli) 1 sudu kecil bread softener
Cara membuat: 1.Masuk semua dalam bread maker kecuali air. 2.Biar sebatikan dulu. 3.Bila dah sebati baru masuk air. 4.Uli hingga jadi doh tak melekat. 5.Perap 30 minit. 6.Bila nak uli untuk canai,masuk minyak jagung sikit. 7.Bulat-bulatkan dan susun dalam loyang. 8.Biarkan seketika. 9.Sapu kuning telur. 10.Tabur kuaci,badam atau kismis 11.Masuk oven dengan suhu 175.Bakar dalam 25minit. Siap
Untuk sos 1.Cairkan 3 sudu besar mentega. 2.Masukkan 1 cawan gula perang. 3.Kacau hingga gula larut. 4.Masuk whipping cream atau susu cair pun boleh 5.Kacau hingga didih. 6.Akhir masuk esen vanilla dan sedikit garam. Siap Boleh la curah atas roti tu.
Sajian Burma ni memang unik. Ia mempunyai pengaruh makanan dari Cina, India dan Thai. Secara geografi kedudukannya disempadani tiga negara tersebut, memang patut la ada kesan pengaruh dari 3 negara ni.
Tofu atau tauhu memang di antara kegemaran masyarakat Burma, tetapi uniknya di sana terdapat tofu yang dibuat dari kacang kuda (chickpea). Tetapi jika takde tofu macam tu kat negara kita, boleh aje guna tofu telur dan campurkan dengan bahan ramuan kacang kuda.
Jom tengok resipi yang min kongsi ni :
BURMESE CHICKPEA TOFU SALAD
BAHAN-BAHAN:
2 tiub tofu telur
30 gm kacang kuda (kering)
12 gm suhun | direndam
1 biji limau nipis
2 helai daun limau purut | dihiris halus
5 gm halia | dimayang halus
3 gm kunyit hidup | dikisar
2 biji tomato | dipotong dadu bersaiz kecil
5 gm cili padi merah | dihiris
10 gm bawang merah kecil | dimayang halus
1 sudu kecil empingan cili kering (chilies flakes)
5 gm daun ketumbar
2 biji telur ayam
1 sudu makan bijan putih | disangai
1 sudu makan air asam jawa
2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar kering kacang kuda hingga halus dan ketepikan.
Potong tofu telur mengikut ketebalan yang dikehendaki.
Pecahkan telur didalam mangkuk, kacau dan masukkan tofu ke dalam telur kemudian angkat dan masukkan pula ke dalam kacang kuda yang telah dikisar.
Panaskan minyak masak, kemudian goreng tofu telur yang telah di salut dengan kisaran kacang kuda tadi sehingga menjadi keperangan. Angkat, toskan dan ketepikan seketika.
Setelah tofu sejuk, masukkan ke dalam mangkuk yang sederhana besar, kemudian masukkan semua bahan bahan yang lain kecuali suhun. Perasakan dengan menggunakan perahan limau nipis, garam, gula, air asam jawa, dan ukur tahap rasa masam, pedas, manis dan masinnya.
Toskan suhun yang direndam tadi, dan gaulkan dengan garam, sedikit empingan cili kering, daun ketumbar dan gulung atau letakkan sahaja di atas pinggan.
Kemudian susun tofu tersebut di atas suhun mengikut kreativiti dan kehendak anda.
Selepas itu, dengan menggunakan sudu kecil, letakkan bahan bahan yang digaul tadi di atas tofu.
Hiaskan dengan hirisan limau nipis atau daun ketumbar ataupun dengan apa apa daun salad yang menjadi kegemaran anda. Sajian sedia dihidang
Hidang sejuk, dengan nasi putih ataupun boleh menikmatinya begitu sahaja sebagai makanan pembuka selera.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis masakan: Burma
Cara memasak :Goreng
Keistimewaan: Satu hidangan pembuka selera yang menyelerakan dan sihat.
Info Chef : Hidang sejuk, dengan nasi putih ataupun boleh menikmatinya begitu sahaja sebagai makanan pembuka selera.
Resipi : Kolej Antarabangsa Silverspoon di Puchong, Selangor
SHAN STYLE TOFU CURRY
BAHAN-BAHAN :
Sebuku @ Sepotong tofu | potong kiub
5 ulas bawang putih
1 sudu makan pes halia
4 tangkai daun bawang
2 biji tomato saiz sederhana
1/2 sudu teh serbuk kunyit *ini opsyenal
Minyak masak secukupnya *jika di Burma guna minyak kacang tanah
Garam secukup rasa
4 sudu makan air
CARA MEMASAK :
Potong tahu bentuk kiub dan tapiskan lebihan air dan gorengkan ke dalam kuali berisi minyak panas. Goreng hingga bahagian luarnya garing.
Potong dadu tomato dan hiris pendek daun bawang.
Cincang bawang putih dan campurkan dengan pes halia.
Panaskan minyak di dalam kuali berasingan, dan masukkan serbuk kunyit, bawang putih bercampur halia.
Kacau selama seminit.
Masukkan tomato, tofu, garam dan air, dan kacau goreng selama 3-4 minit
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!