Cara Masak Kuetiau Goreng Ringkas Sedap, Mudah & Tak Hancur.

Share

Sedapnya kalau dapat makan Kuetiau Goreng panas-panas. Namun ramai yang ‘gerun’ untuk masak kuetiau goreng kerana hasilnya terlalu lembik dan hancur. Jangan susah hati kerana resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni antara yang mudah boleh dicuba. Malah hasilnya nampak sempurna. Cubalah. Pasti puas hati.

 

RESIPI KUETIAU GORENG RINGKAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk kuetiau mentah

  • 2 biji telur ayam gred B
  • 1/2 mangkuk kecil taugeh
  • 3-4 pohon daun kucai – hiris
  • 5 biji cili padi hijau – tumbuk kasar
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk kasar
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • Sedikit kicap lemak manis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan telur. Kacau sehingga telur tak berketul dan hancur macam ni. ( empunya resipi suka hancurkan telur diawal berbanding letak diakhir sebab ia lagi sedap dan tak melekat.

)


2. Bila telur nampak garing, masukkan bawang putih dan cili hijau yang telah ditumbuk kasar.


3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap tadi. Kacau sebati.


4. Tambahkan garam sedikit sahaja untuk melengkapkan rasa. Boleh juga letakkan gula jika suka. Selalu kalau goreng mi atau kuetiau, kena letak sedikit supaya rasa jadi seimbang dan sedap. ( Ini tip masa empunya resipi belajar dekat kedai siam.)


5. Masukkan kuetiau yang telah direndam seketika, dibasuh, dibilas dan ditoskan.


6. Akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Kacau sehingga ia sebati.


7. Siap. Sedia untuk dinikmati.


8. Jika suka rasa masam, boleh perah jus limau nipis sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Bahiah Saripuddin

IKLAN