Cara Masak Char Kuey Teow Kerang Sedap Secara Homemade

Share

Sedapnya Char Kuey Teow ni. Kalau dapat makan panas-panas memang puas hati. Kalau beli, sepinggan pun dah harga berapa ringgit. Letak extra udang atau kerang, lagi mahal. Jadi meh cuba masak sendiri guna resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha. Bahan-bahan simple je tapi rasa sedap macam beli dekat kedai tau. Makan dengan cili jeruk memang padu.

 

RESIPI CHAR KUEY TEOW SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • Kuetiau secukupnya – basuh dan toskan
  • 3 sudu makan kisaran cili kering dan bawang besar
  • 1-2 ulas bawang putih – ketuk
  • Tauge secukupnya
  • Kucai secukupnya
  • Telur
  • Udang rebus – asingkan airnya
  • Kerang – direbus
  • Minyak masak

BAHAN TUMIS:

  • 1 sudu makan sos cili – beli online DISINI
  • 5 sudu makan kicap manis – beli online DISINI
  • 1 sudu makan kicap pekat – beli online DISINI
  • 1 sudu makan sos tiram – beli online DISINI
  • Sedikit garam – beli online DISINI

CARA MEMASAK:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Pastikan minyak lebih supaya tidak bergumpal bila masukkan telur dan kuetiau.

2. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan udang, kisaran cili bawang, sos cili, sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan sedikit garam. Kacau.

3. Masukkan air rebusan udang dan pecahkan telur. Kacau laju supaya sebati.

4. Kemudian masukkan kerang, udang, kuetiau, tauge dan kucai. Kacau sebati dan masak menggunakan api yang besar.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Suisan Aliezsha

 

Nak lagi cepat masak Char Kuey Teow? Beli je PES CHAR KUEY TEOW  secara online DISINI. Memang sedap! Boleh pilih mana satu berkenan di hati.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN