
Kalau memasak sambil buat kerja lain, potensi untuk masakan hangus memang tinggi. Kadang-kala kita terlupa ada makanan yang sedang hangat atas dapur. Bila sedar, hmm… dah rentung semuanya! Bila nak cuci pula, kerak hangus susah nak tanggal, lebih-lebih lagi kalau hanya guna sabun biasa. Bagi yang ada masalah alergik pada sabun, memang boleh pedih tangan dibuatnya. Jangan risau, ada cara mudah dan semula jadi untuk hilangkan kerak dan kesan hangus pada periuk atau kuali tanpa perlu guna bahan kimia. Cara ini memang berkesan dan dijamin selamat!

Cara Hilangkan Kerak & Kesan Hangus Pada Periuk dan Kuali
1. Garam

Caranya sangat senang. Panaskan air dalam periuk yang ada kesan hangus dan masukkan sedikit garam. Rendam seketika kemudian sentalkan dengan sudip atau span sambil mengikis kesan yang melekat. Garam membantu melonggarkan kerak dengan cepat.
2. Cuka

Masukkan cuka ke dalam periuk kemudian didihkan seketika. Padamkan api dan biarkan sehingga periuk betul-betul sejuk. Sental hingga bersih. Cuka bukan saja menanggalkan kesan hangus, malah boleh menghilangkan bau masakan yang kuat.
3. Soda Bikarbonat

Soda bikarbonat adalah bahan serbaguna yang berkesan untuk hilangkan kerak periuk. Panaskan air dalam kuali atau periuk hingga mendidih, kemudian masukkan soda bikarbonat. Biarkan sejuk sebelum dicuci. Ia membantu melonggarkan kerak degil dengan lembut.
4. Lemon

Lemon juga boleh dijadikan bahan pencuci semula jadi. Caranya mudah — potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam sebelum bersihkan periuk seperti biasa. Asid sitrik dalam lemon membantu mencairkan kesan hangus dengan cepat dan meninggalkan bau segar.
5. Kulit Ubi Kentang

Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit ubi kentang. Letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk akan tanggal dengan sendirinya. Kulit kentang mengandungi enzim semula jadi yang membantu melonggarkan kotoran.
6. Asam Jawa

Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang ingin dicuci. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih di atas api buat seketika. Tunggu sejuk dan gosok permukaan menggunakan asam jawa tadi sehingga kesan hangus tanggal. Asid semula jadi dalam asam jawa bertindak sebagai agen pembersih yang kuat.
Tips tambahan: Untuk hasil terbaik, sentiasa rendam periuk atau kuali hangus sejurus selepas digunakan. Ini memudahkan proses mencuci tanpa perlu tenaga tambahan. Selamat mencuba!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!






















