Cara-Cara Nak Buat Bubble Pearl Secara Homemade. Halal, Bersih & Lebih Puas Makan!

Share

Sedapnya teh ais pekat yang ada black pearl ni. Teksturnya yang kenyal-kenyal apabila digigit membuatkan kita asyik sedut minuman. Bagi anda yang gemarkan minuman yang ada bebola kristal ni, tetapi kurang yakin kalau beli di kedai, boleh cuba hasilkan sendiri secara homemade. Mudah je. Hanya guna 3 bahan mudah, anda boleh hasilkan dalam kuantiti yang banyak.

RESIPI BLACK BUBBLE PEARL

BAHAN-BAHAN:

  • Tepung ubi kayu
  • Serbuk kopi secukupnya – bergantung pada jumlah tepung yang anda guna
  • Air panas
  • Air gula – kena manis sebab nanti nak buat rebus pearl

CARA MEMBUAT:

  1. Bancuh serbuk kopi dengan air panas secukupnya. Lebih gelap warna kopi, lebih gelaplah warna bubble pearl anda.
  2. Masukkan bancuhan kopi ke dalam bekas berisi tepung sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat.
  3. Bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil.
  4. Panaskan air gula dan rebus bubble pearl hingga terapung. Angkat.
  5. Bolehlah dimasukkan ke dalam minuman kegemaran anda.
  6. Untuk menyimpan lebihan bubble pearl, masukkan ke dalam bekas bersama dengan sedikit air gula. Simpan di dalam peti sejuk.

Selain black bubble pearl, anda juga boleh menghasilkan bebola ini mengikut warna lain yang anda suka. Sebagai contoh di bawah ni, empunya resipi hasilkan bubble pearl guna pewarna merah. Pun cantik juga kan?

RESIPI PINK BUBBLE PEARL

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung ubi
  • Air panas mendidih
  • Pewarna merah

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan air panas yang mendidih ke dalam tepung sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk. ( adunan akan jadi melekat seperti gam).

2. Tambahkan pewarna dan uli sebati. Tambah tepung jika adunan terlalu melekit.

3. Panaskan air dalam periuk dan biarkan mendidih.

4. Sambil itu boleh uli adunan tepung tadi menjadi bebola-bebola kecil. Saiznya ikut kegemaran asalkan tak tersangkut di straw. Boleh salut bebola dengan tepung agar tak melekat.

5. Masukkan ke dalam air yang telah mendidih tadi.

6. Biar sampai biji pearl terapung dan angkat. Toskan dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.

7. Boleh diisi ke dalam minuman kegemaran.

 

Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & gambar ( black bubble pearl): KuPot Amanz

Kredit resipi & gambar ( pink bubble pearl): Aqema Fazri

IKLAN