Cara-Cara Masak Pulut Lemang Homemade Sedap & Berlemak Guna Periuk Nasi Elektrik.

Share

Menerusi perkongsian saudari Khairani Binti Ismail, berliau berkongsi cara-cara membuat pulut lemang atau ketupat lemak versi homemade yang boleh masak secara cepat. Memang mudah sebab tak perlu kukus atau bakar. Hanya masak guna plastik bersesuaian yang sesuai untuk suhu tinggi dan tahan panas. Jom cuba!

 

RESIPI PULUT LEMANG / KETUPAT LEMAK HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • Beras pulut – anggaran 1 kg
  • Secubit garam
  • 1 keping asam gelugur
  • Daun pandan – disimpul
  • Plastik bersesuaian – yang tahan panas & sesuai untuk haba yang tinggi
  • 1 kotak santan
  • Air secukupnya
  • Sedikit gula – ikut citarasa. Nak abaikan pun tak apa.

 

CARA MEMASAK:

1. Rendam beras pulut bersama garam, asam keping dan daun pandan. Biarkan selama 5 jam. Jika guna beras pulut susu, rendam sekejap sahaja.

2. Isi beras pulut ke dalam plastik. Jangan letak penuh supaya bila dimasak, santan boleh meresap pada pulut.

Plastik aiskrim boleh digantikan dengan plastik bersesuaian yang sesuai untuk suhu tinggi dan tahan panas.

3. Cucuk lubang pada plastik pulut tadi.

4. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan santan dan air sehingga pulut tenggelam. Tambah sedikit gula ikut citarasa masing-masing. Tutup periuk dan tunggu hingga masak.

5. Ketupat /lemang homemade ni dah masak bila air dah kering, santan putih-putih dah tak ada dan jadi berminyak.

6. Angkat, biarkan sejuk dan bolehlah dinikmati bersama rendang.

 

INFO: Bila pulut hampir masak, tolak beras pulut supaya padat di dalam plastik kemudian ikat balik. ( supaya teksturnya lemak, lembut dan gebu.) Plastik aiskrim boleh digantikan dengan plastik bersesuaian yang sesuai untuk suhu tinggi dan tahan panas.

 

Kredit resipi & foto: Khairani Binti Ismail

IKLAN