Cara-Cara Hasilkan Sayur Jeruk Secara Homemade. Dijamin Bersih & Halal.

Share

Anda suka makan sayur jeruk ni? Biasanya untuk menikmati hidangan ni, sayur dibeli di pasar. Kini, anda boleh hasilkan sayur jeruk secara homemade. Buat sendiri tentunya lebih bersih dan diyakini halal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sharinaz Redwan

ni. Pasti sedap. 

 

SAYUR JERUK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 besen sayur Kai Choy
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1 genggam nasi sejuk
  • 1 sudu teh garam

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Buka daun sayur sehelai demi sehelai dan jemur di abwah matahari supaya layu. Jangan jemur hingga kering pula.

2. Angkat daun dan basuh bersih-bersih. Masukkan dalam bekas untuk merendam.

3. Kemudian masukkan air secukupnya, gula merah, nasi sejuk dan garam. Jika suka rasa sayur jeruk yang masin, boleh tambah jumlah garam.

4. Rendam selama 2-3 hari. Boleh tindih sayur guna lesung batu supaya sayur tenggelam dan betul-betul layu.

5. Untuk menyimpan sayur jeruk, ambil sayur dan masukkan dalam bekas bertutup. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Nak masak, baru bilas dah masak ikut selera anda.

Kredit resipi & foto: Sharinaz Redwan

IKLAN