
Anak-anak suka makan roti dengna mentega kacang. Jadi anda bolehlah cuba buat sendiri secara homemade. Tak susah pun malah lebih jimat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Hasniza Hassan ni. Memang terbaik!
RESIPI MENTEGA KACANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 ½ cawan kacang tanah
- 3 sudu makan madu
- 12-15 sudu makan minyak zaitun – boleh ganti dengan minyak sayuran
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak guna api kecil selama lebih kurang 20 – 30 minit. Kacau selalu setiap 1-3 minit supaya tak hangus. Nak bakar dalam oven pun boleh.

2. Apabila kacang dah mula berbau ‘masak’, kulit mula tanggal dan rasa rangup, maka tutup api.

3. Buang kulit kacang sampai bersih. Ketepikan kacang yang hitam atau hangus. Jangan dicampur nanti pahit.

4. Masukkan kacang dalam pengisar. Kisar sampai separuh halus.

5. Tambahkan madu, garam dan minyak sayuran.

6. Masukkan minyak berperingkat-peringkat. Kisar lagi sampai halus. Boleh tambah minyak sekiranya tekstur masih kental.

7. Siap dan boleh dinikmati. Sapu atas roti, memang sedap dimakan.

8. Jika ada lebih, masukkan dalam bekas bersih dan simpan dalam peti sejuk.

Kredit resipi & foto: Hasniza Hassan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Kek Tanpa Oven, Gerenti Lembab dan Gebu Padat.

Raya dah nak dekat, nak masak kek tiba-tiba baru perasan oven rosak. Maklumlah guna oven pun jarang-jarang, mahu tak ‘mogok’ oven tu. Jangan panik, pengukus kan ada.
Masak kek dengan pengukus memang ternyata perbezaannya. Selain dari tahanlama, kek kukus juga naiknya lebih padat dan lembab. Samada kek buah , pandan, coklat, brownies apa sahaja jenis kek ia boleh dimasak menggunakan teknik kukus. Jom cuba ‘kehebatan’ kek kukus dari Norbaini Rahwi, penulis buku “Kek Mentega Dulu & Kini’ terbitan alaf 21 dengan koleksi resepi kek kukusnya.
1.KEK KUKUS PANDAN GULA MELAKA

Bahan-bahan :
Bahan A :
- 4 biji kuning telur
- 2 biji putih telur
- 100 gm gula kastor
- ½ sudu kecil garam
Bahan B :
- 125 gm tepung gandum | diayak
- 25 gm tepung jagung | diayak
- ½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C:
- 25 ml susu segar
- 25ml perahan air daun pandan
Bahan D :
- 35 ml minyak jagung/masak
Bahan untuk topping :
- 400gm whipping cream/fresh cream
- 20 gm gula aising
- 10 gm kelapa kering yang telah di gaul dengan pes pandan
- Sedikit gula Melaka | telah dicairkan.
CARA MEMASAK :
Kek :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 15 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan Bahan C. Gaul hingga sebati
4 .Akhir sekali masukkan bahan D, di kacau hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 bahagian.
Buat topping :
1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
2. Sapukan krim di setiap potongan dan ditaburkan kelapa kering dan disirakan gula Melaka. Lakukan sehingga bahagian atas.
3. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara dua bahagian dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 15 sm @ 6 inci
Waktu memasak: 15- 20 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan :Rasa pandan yang mewah dengan krim, kelapa kering dan gula Melaka
Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF :Untuk kek yang gebu dan ringan bagi kek kukus, cara pembuatan yang digunakan adalah secara kek span. Jika dibuat secara method kek mentega (butter cake) kek akan padat dan kurang enak rasanya.
2.KEK KUKUS MARBLE ZEBRA

BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
- 8 biji kuning telur
- 2 biji putih telur
- 115 gm gula kastor
- ½ sudu makan ovalet
Bahan B:
- 130 gm tepung gandum }diayak sekali dengan serbuk penaik
- ½ sudu teh serbuk penaik
- 100gm minyak jagung/masak
- 25 ml susu segar
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh coklat emulco
- ½ sudu teh kopi emulco
CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersize 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan susu segar. Gaul hingga sebati
4. Masukkan minyak jagung,kacau hingga rata dan akhir sekali masukkan esen vanilla
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan bahagian lagi digaul bersama coklat dan kopi emulco.
7. Sendukkan berselang seli dengan satu senduk/1/2 cawan ke dalam loyang.
8. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 20 minit atau sehingga masak.
9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 20 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Rasanya tidak ubah seperti kek mentega marble, menariknya kek ini hanya dikukus dan tidak dibakar.
Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Jangan menyapu minyak atau mentega/marjerin di bawah dan di sekeliling loyang, ia akan menyebabkan kek mengecut.
3.KEK KUKUS COKLAT BADAM

BAHAN-BAHAN :
Bahan A
- 5 biji kuning telur
- 1 biji putih telur
- 75 gm gula kastor
Bahan B:
- 65 gm tepung gandum | diayak
- 25gm serbuk badam | diayak
- 15gm serbuk koko | diayak
- ¼ sudu teh serbuk penaik | diayak
- 65 gm coklat gelap compound/ coklat masakan | dicairkan
- 50 ml susu segar
- 25 ml minyak jagung/masak
Bahan topping :
- 400 gm whipping cream/fresh cream
- 20 gm gula aising
- 50 gm Nutella
CARA MEMASAK :
Kek :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan coklat dan susu segar Gaul hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan minyak jagung, di kacau hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 keping.
Topping :
1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
2. Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga bahagian atas.
3. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara kepingan kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 20-25 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kek coklat kukus dengan badam dan topping fresh cream dan Nutella, pasti menambat hati si kecil.
Anggaran kos: RM 20
INFO CHEF :Kek kukus yang di buat dengan menggunakan minyak ke dalam ramuan akan menghasilkan tekstur yang lebih lembut.
4.KEK KUKUS BUAH

BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 310 gm gula kastor
- 60 gm air panas
- 250 gm mentega
- 500 gm buah-buahan campur
- 1 sudu teh krim tartar
- 2 sudu teh baking soda
Bahan B:
- 350 gm tepung gandum | diayak
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh oren emulco
CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 20 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2 .Masak gula halus sehingga perang dan larut, kemudian masukkan air panas secara perlahan-lahan. Gaul rata.
3. Masukkan mentega dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan buah-buahan campur dan renehkan sebentar sahaja bersama dengan krim tartar dan baking soda. Sejukkan.
5. Setelah sejuk masukkan Bahan B dan gaul rata.
6.Kemudian masukkan telur dan pukul sedikit telur sebelum di campurkan ke dalam adunan.
7. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan coklat emulco, di kacau hingga rata.
8. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 4 jam.
9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 4 jam
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kek kukus ini tidak terlalu manis dan boleh di sejuk bekukan.
Anggaran kos: RM20
INFO CHEF : Seperti juga kek kukus yang lain, tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil agar air tidak menitis ke dalam adunan kek buah.
5.BROWNIES KUKUS KEJU

BAHAN-BAHAN:
Bahan A :
- 115 gm putih telur
- 110 gm gula kastor
- 1 sudu teh ovalet
Bahan B :
- 80gm tepung gandum | diayak
- 20gm serbuk koko | diayak
- ½ sudu teh serbuk penaik
- 50 gm coklat gelap compound/coklat masakan | di cairkan
- 70 ml minyak jagung/masak
- ½ sudu teh esen vanilla
- 4 keping keju cheddar
- 50 gm cip coklat
- Sedikit parutan keju | untuk hiasan
CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus 18 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati
4. Kemudian masukkan coklat gelap dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan bahan minyak jagung,keju cheddar dan coklat cip, kacau hingga rata.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
7. Panaskan periuk kukus dan kukuskan1 bahagian brownies selama 10 minit. Setelah masak keluarkan kek serta susunkan keju cheddar di atas permukaan brownies dan di taburkan cip coklat. Kemudian tuangkan baki 1 bahagian lagi di atas lapisan cheese, dikukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak.
8. Setelah masak sejukkan brownies dan hiaskan dengan parutan keju. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm
Waktu memasak: 30 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Brownies kukus rasanya lebih lembut dan enak dilapisi keju cheddar.
Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Segera keluarkan brownies dari loyang setelah 10 minit dikeluarkan dari pengukus supaya brownies tidak basah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kek Pisang Lembap Guna Sukatan Cawan

Penggemar Kek Pisang Lembap @ Moist harus cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Noor Ashikin Saerah ini. Nampak sangat sedap dan gebu. Malah cara-cara membuatnya juga cukup mudah. Pasti puas hati menikmatinya. Menurut empunya resipi, kek ini menggunakan bahan-bahan yang sangat ekonomi. Jika mahukan rasa kek yang lebih premium, boleh menggantikan minyak dengan mentega yang dicairkan. Lebih mantap rasanya. Wow…Jom cuba!
CARA-CARA MEMBUAT KEK PISANG LEMBAP YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN (loyang 8×8 inci):
1 cawan pisang yang telah dilecek (3½ biji pisang abu)
1 sudu makan jus lemon/ limau nipis/ limau kasturi
4 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung – beli online disini
3/4 cawan gula kastor – beli online disini
Sedikit emulko pisang/ esen vanilla – beli online disini
Secubit garam
1½ cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C menggunakan api atas dan bawah.
2. Gris nipis loyang dan alas dengan baking paper. Ketepikan.
3. Campurkan jus lemon ke dalam pisang yang telah dilecek. Gaul sekata. Ketepikan.
4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Ketepikan.
5. Kisar telur, minyak jagung, gula kastor, emulko vanila dan garam selama 6 minit.
6. Kaup adunan dengan spatula sekali-sekala.
7. Masukkan pisang lenyek ke dalam pengisar. Kisar seketika lebih kurang ½ minit.
8. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil digaul. Pastikan adunan bercampur rata.
9. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang. Hiaskan dengan pisang yang dihiris nipis.
10. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak. Setelah kek masak, sejukkan pada suhu bilik. Kek akan lebih berkilat apabila dibiarkan lebih 3 jam selepas dibakar.

Nota:
1. Untuk hiasan, letakkan pisang yang dihiris nipis supaya pisang tidak tenggelam di dalam adunan kek.
2. Cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek untuk memeriksa jika kek telah masak sepenuhnya. Jika lidi bersih & tiada adunan yang melekat, bermakna kek telah masak & bolehlah dikeluarkan dari ketuhar.
Kredit resipi & foto: Noor Ashikin Saerah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Wanita Ini Kongsi Tip Rahsia Buat Bahulu Menjadi Cantik & Lembut

Bahulu, antara kuih tradisi yang masih mendapat sambutan. Sama ada untuk makan ataupun dijadikan sebagai goodies pada majlis kahwin, bahulu memang sedap dimakan.
Tetapi untuk menghasilkan bahulu yang menjadi dengan cantik dan lembut, tidak semudah yang disangkakan.
Menerusi perkongsian daripada Sakinah Zulkefle ini, petuanya ialah menggunakan sukatan bahan yang betul. Malah bekas pun kena guna yang sama tau.

PETUA:
1. Pastikan guna tepung 1kg sahaja, bukan 850gm. Contoh tepung boleh refer di gambar. Saya guna cap kompang dan tank biru (1kg). Tank hijau 850gm TAK BOLEH guna ya, punca bahulu tak jadi. Boleh juga cuba tepung-tepung sekilo yang lain, bergantung pada harga di tempat masing-masing.
2. Gula pastikan TAK BASAH (kadang-kadang kan kita beli ada yang nampak lembab. Jadi punca bahulu bantat). Saya selesa guna gula prai/hijau. CSR boleh juga tapi pernah terbeli yang lembab, bahulu tak jadi.

BAHULU

BAHAN-BAHAN:
(pastikan semua mangkuk yang sama. Contoh kalau guna mangkuk taufufa, pastikan semua bahan gunakan sukatan mangkuk yang sama)
1 ½ mangkuk tepung gandum (saya TAK SANGAI, tapi kalau nak sangai pun boleh) – beli online di sini
1 mangkuk gula – beli online di sini
1 mangkuk telur saiz A @ B
TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick | Dapur Rasa Live
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Putar telur dan gula dalam seminit, agak-agak gula hancur.
2. Biarkan seketika dalam 2-3 minit kemudian putar semula sehingga gula dan telur kembang (anggaran 8-10 minit).
3. Panaskan acuan dalam tempoh yang sama ketika putar telur dan gula buat kali kedua (anggaran 8-10 minit juga/pastikan acuan dipanaskan dengan baik. Jika tidak nanti tepung melekat pada acuan).
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Hentikan mixer untuk letak tepung. Kemudian putar semula tepung untuk sebatikan dengan gula dan telur sambil kacau dengan senduk. Tak perlu terlalu lama nanti adunan bantat.
5. Sapukan minyak pada acuan yang telah dipanaskan. Isi adunan tepung ke dalam acuan.
6. Bakar bahulu selama 8-10 minit atau ikut ketuhar masing-masing dengan menggunakan suhu 180°C dan api atas bawah.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

7. Pastikan setiap kali nak letak adunan ke acuan, sapu minyak terlebih dahulu. Bukan sekali sapuan pada mula-mula sahaja.
8. Untuk basuhan acuan, pastikan acuan betul-betul sejuk baru diletakkan air atau terus basuh setelah acuan sejuk agar acuan tidak melekat untuk kegunaan masa hadapan.

Kredit resipi: Sakinah Zulkefle
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedap & Penuh Berkrim, Resipi Mudah Creamy Chicken Thai Bread
8 Resipi Sup Sedap & Mudah Dimasak, Lebih Sihat & Bebas Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!



