Cara-Cara Buat Roti John Ala Pasar Malam Tapi Secara Homemade. Mudah & Sedap!

Share

Roti John adalah antara street food popular di kalangan rakyat Malaysia. Bila bulan puasa, ia ibarat menu wajib ada di waktu berbuka. Jika anda penggemar Roti John, cubalah buat sendiri. Pasti puas hati. Resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad

ni nampak mudah. Jom cuba!

 

RESIPI ROTI JOHN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Roti john/roti oblong (belah tengah)
  • Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
  • Bawang merah, cili merah & cili api – dihiris
  • 2-3 biji telur
  • Planta secukupnya
  • Sos cili secukupnya
  • Mayones secukupnya
  • Sos Thousand Island secukupnya
  • Sayuran : Timun, kubis – disagat halus
  • Sedikit garam

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.

2. Sapukan plantan pada roti. Ketepikan.

3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.

4. Tekap roti diatas daging tadi. Biarkan seketika baru diterbalikkan.

5. Bila dah masak, angkat.

6. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.

7. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad

IKLAN