Cara-Cara Buat Ikan Tenggiri Jeruk Minyak Secara Homemade.

Share

Siapa suka makan tenggiri jeruk ni? Ha…Selain sedap digoreng bersama bawang dan cili, tenggiri jeruk ini juga boleh digunakan untuk masak lauk Kailan Ikan Masin, Nasi Goreng dan sebagainya. Memang sedap! Tapi jika dibeli, satu botol tu harganya berbelas ringgit. Mahal kan? Sebenarnya puan-puan boleh buat tenggiri jeruk ni secara homemade. Caranya sangat mudah. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Mahana Anzel Mua

ni.

 

TENGGIRI JERUK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Kepingan ikan tenggiri
  • Garam halus secukupnya (boleh juga guna garam kasar. Lebih elok.)
  • Minyak masak secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

1. Bersihkan ikan dan lap dengan tisu bagi mengeringkan airnya. Jemur lebih kurang 4 jam.

2. Angkat ikan dan lumurkan dengan garam secukupnya. Lebih bagus jika guna garam kasar.

3. Seterusnya masukkan ikan ke dalam bekas berpenutup dan tuang minyak masak secukupnya.

4. Ikan yang telah siap dimasukkan minyak.

5. Tutup bekas dan biarkan ikan dijeruk selama beberapa hari. Simpan diluar sahaja dan tidak perlu diletak dalam peti sejuk.

6. Untuk menikmatinya, keluarkan ikan jeruk dan masak ikut citarasa anda.

 

TIP:

  1. Untuk elak lalat kerumun sewaktu dijemur, renjis sedikit cuka pada ikan.
  2. Jika buat ikan jeruk seekor ( tanpa potong), selepas dibersihkan, terus jemur. Kemudian barulah masukkan garam dalam perut ikan.
  3. Minyak yang digunakan untuk jeruk ikan, boleh diguna kembali untuk menjeruk ikan lain.

 

Kredit resipi & foto: Mahana Anzel Mua

IKLAN