Selalunya kalau nak makan Yee Mee Sizzling, mesti makan kat gerai atau restoran, sebab guna plate sizzling yang dibuat dari keluli tu. Tapi itu bukan masalah, guna je pan atau kuali biasa. Yang penting cara anda sediakan kuahnya yang pekat dan kaya dengan aroma cendawan shitake kering. Nak tau rahsianya? Follow je resipi yang RASA Share di sini.

YEE MEE SIZZLING
BAHAN-BAHAN:
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halus | hiris halus
1 keping dada ayam | hiris nipis
6 kuntum cendawan shitake kering | rendam hingga lembut dan hiris
4 tangkai cili kering | potong 3cm
4 sudu makan sos tiram
6 sudu makan kicap
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + 1 cawan air
3 sudu makan minyak untuk menumis
4 cawan air

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan cili kering, kacau seketika masukkan hirisan ayam.
  2. Tumis hingga ayam masak. Masukkan air (kalau nak kuah banyak boleh tambah air.
  3. Masukkan sis tiram, kicap dan serbuk lada hitam. Biarkan mereneh seketika.
  4. Masukkan cendawan, kacau 2-3 minit.
  5. Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung.
  6. Kecilkan api dan kacau hingga kuah pekat dan masukkan minyak bijan,.
  7. tutup api.
  8. Bila nak dihidankan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali yang diletakkan atas dapur api kecil, masukkan 1 gulung yee mee. Biarkan ia lembut sedikit, tambah sayur sawi dan pecahkan telur. Jika perlu tambah lagi kuah.
  9. Tunggu hingga telur separuh masak, tutup api dan yee mee sedia dihidangkan dengan hirisan cili padi atau cili jeruk.’

kredit: zulfaza
Resepi Masakan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI