Cara Buat Udang Kering Homemade Tanpa Perlu Jemur

Share

Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.

Menerusi perkongsian di fb oleh saudari Suhaila Ishak, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade

. Mudah je rupanya. Kalau susah nak jemur panas, keringkan guna ketuhar je. Memang senang. Boleh sangat kalau nak cuba. 

 

CARA BUAT UDANG KERING SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Udang laut berkulit keras
  • Garam
  • Sedikit air

CARA MEMBUAT:

1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.

2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.

3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.

4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.

5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.

6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Kredit resipi & foto: Suhaila Ishak

 

Nak cari OVEN baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN