Cara Buat Teh Tarik Sedap & Kaw Macam Kedai Mamak

Share

Teh Tarik sememangnya terkenal sebagai minuman yang menyatukan rakyat Malaysia. Melayu, Cina,India sukakan minuman ini. Pantang ada kedai yang menyediakan Teh Tarik sedap, pasti diserbu. Malah minuman ini juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Anda suka minum Teh Tarik? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nurdeanna Affendi ni. Mudah, sedap, kaw dan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak. Memang terbaik. Jom cuba.

TEH TARIK SUPER KAW

BAHAN-BAHAN:

  • 3 liter air
  • 5 sudu makan serbuk teh
  • 5 uncang teh cap 888 serbuk wangi
  • 3 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh garam halus

( bahan-bahan diatas boleh agak-agak. Jangan takut letak lebih bahan sampai dapat rasa ‘kaw’ yang diingini.)

CARA MEMASAK:

1. Panaskan air sampai menggelegak. Masukkan semua teh, kacau dan biarkan 5 minit.

2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair dan garam. Kacau lagi dan biarkan masak dalam 5 minit.

3. Rasa air. Tambah bahan yang diperlukan sampai dapat rasa yang diingini.

4. Angkat dan boleh ‘tarik’ sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nurdeanna Affendi

IKLAN