Cara Buat Sos Spageti Homemade Sedap & Mudah

Share

Resipi Sos Spageti Cendawan homemade yang sedap, mudah dan tanpa pengawet perkongsian saudari Dahlia Kamaruza ni memang kena cuba. Kalau anak-anak anda jenis peminat tegar pasta, seminggu 2-3 kali minta spageti, sos ni memang kena cuba buat. Jimat banyak. Bukan setakat pasta je, boleh juga dijadikan sos pizza, lasagna, baked macaroni dan macam-macam lagi. Lagi sedap dan tak ada pengawet pun. Jom cuba.

 

CARA MASAK SOS SPAGETI HOMEMADE TANPA MSG

BAHAN-BAHAN:

  • 10 kg ++ tomato
  • 4 biji bawang holland – dadu halus
  • 2 labu bawang putih – tumbuk
  • 4 biji lada capsicum merah
  • 1/2 bekas cendawan shiitake – potong dadu
  • 2-3 tangkai sweet basil – ambil daun sahaja
  • 2-3 helai daun Bay
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit Mixed herbs
  • 2 sudu makan serbuk cili ( optional)
  • Serbuk pati ayam homemade (optional)
  • 1-2 cawan minyak zaitun atau minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih tomato kemudian kelar kulit luar secara bersilang.


2. Rebus air dalam kuali hingga didih dan celur tomato sekejap. Angkat dan rendam dalam bekas berisi air yang mengalir supaya tomato sejuk.
3. Kupas kulit tomato dan asingkan isinya. Belah dua, picit keluar bijinya dan kumpulkan.


4. Kisar biji dan kulit tomato tanpa air hingga halus. Tapis dan ambil airnya.


5. Masak isi tomato dan air tapisan tadi dalam periuk hingga kecut dan air berkurangan. Tidak perlu letak air biasa kerana tomato akan mengeluarkan air. Biar sejuk.


6. Ambil lada capsicum dan bakar sampai kulit hangus. Lalukan di bawah air paip, kupas kulit dan bijinya. Kemudian kisar halus.


7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang holland, bawang putih dan cendawan sampai layu. Kemudian kisar halus.


8. Keluarkan separuh dari tomato dalam kuali yang disejukkan tadi dan kisar halus. Tuang kembali ke dalam kuali bersama kisaran lada benggala dan cendawan. Masak hingga kering.
9. Tambahkan serbuk cili, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam, mixed herbs, daun sweet basil dan daun bay. Kacau rata dan bila sos mendidih ( kuah memercik) dan pekat, padamkan api dan sejukkan.


10. Bila sos telah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.


11. Jika simpan dalam peti sejuk pada suhu biasa, sos ni boleh tahan selama 2-3 hari. Jika simpan dalam peti sejukbeku, boleh tahan hingga 6 bulan.

INFO: Ini adalah resipi sos pasta cendawan. Jika nak buat sos pasta tradisional, abaikan penggunaan cendawan.

 

Kredit resipi & foto: Dahlia Kamaruza

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

 

IKLAN