Cara buat serunding kelapa sedap untuk makan dengan pulut tanak. Selain itu seunding ini juga juga boleh dijadikan inti kuih. Antaranya inti untuk pulut panggang, inti kuih cucur badak, lawan dengan getuk ubi kayu atau getuk ubi keladi.
Malah boleh jadi sebahagian lauk dalam nasi ambeng dan juga lontong darat. Menurut Mizah Ngatiman empunya resipi, serunding ini boleh tahan lama kurang seminggu jika letak di luar peti ais.
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 jari kunyit hidup
Segenggam bilis
2sb udang kering
2sb ketumbar
4 helai daun limau purut/optional serai
2 keping asam keping
1 biji kelapa parut putih
Garam dan gula secukupnya
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Letak asam keping, letak garam dan gula secukupnya.
3. Selepas pecah minyak, letak daun limau.
4. Selepas itu masukkan kelapa lalu gaul rata. Gunakan api kecil dan sentiasa gaul kelapa, takut hangus.
5. Gaul sampai ia basah-basah kering dan sedikit ringan. Tutup api, siap.
6. Hidangkan dengan pulut tanak.
Kredit resipi & foto: Mizah Ngatiman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA