Cara Buat Pulut Pagi Yang Sedap & Senang.

Share

Pulut Pagi antara popular di kalangan masyarakat Pantai Timur. Menu ini menggunakan beras pulut yang dimasak dengan gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Gabungan pulut yang manis lemak kelapa, menjadiakan ia sangat sedap dijadikan menu sarapan minum petang ringkas. Kepada korang yang teringin membuatnya, ini min sharekan resipi dan korang boleh cuba sendiri.

PULUT PAGI
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut | kukus sekurang-kurangnya setengah jam
2 keping gula Melaka | parut
2 helai daun pandan | simpul


BAHAN TOPPING:
1/2 biji kelapa muda | putih saja & gaul dengan sedikit garam

1 sudu makan beras pulut | goreng sangai hingga keperangan

CARA MEMASAK:

  1. Kukus atau tanak pulut bersama daun padan hingga masak.
  2. Tuangkan dalam bekas, kemudian gaulkan pulut dengan parutan gula Melaka.
  3. Gaulkan kelapa parut bersama garam, kemudian kukus sekejap.
  4. Hidangkan pulut dengan kelapa parut dan taburkan beras pulut sangai di atasnya.
IKLAN