Cara Buat Puding Keledek Ungu Yang Sedap

Share

Kalau anda tak pernah rasa puding keledek ungu, bolehlah cuba buat di rumah. Makan sejuk-sejuk semasa cuaca panas memang layan. Rasa kongsikan resipi mudah perkongsian saudari Iedaa Jahaya. Resipinya sangat mudah. Cubalah, pasti anda puas hati.

PUDING KELEDEK UNGU

 

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ketul keledek ungu
  • Agar-agar tali
  • Gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu butter

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Buang kulit, potong dan rebus atau kukus terlebih dahulu. Bila dah lembut, lenyek halus keledek tadi.

2. Kemudian, masukkan agar-agar tali ke dalam periuk. Air ikut tenggelam agar-agar dan masukkan gula. Masak sehingga gula dan agar-agar larut.

3. Masukkan ubi yang telah dilenyek halus tadi ke dalam bekas dan masukkan satu tin susu cair. Kacau sehingga rata. Ketepikan dahulu.

4. Bila gula dan agar-agar dah larut, tapis masuk ke dalam bekas keledek tadi. Kacau di atas api yang sederhana bagi mendidih seketika.

5. Ambil loyang, basahkan sedikit dan ketepikan dahulu.

6. Letak 1 sudu butter dalam adunan keledek tadi.

7. Bila dah didih, tutup api dan tuang masuk ke dalam loyang. Boleh juga ditapis sebelum masuk ke dalam loyang supaya puding lebih halus.

8. Biar sejuk seketika dan masuk ke dalam peti.

9. Tunggu puding keras dan barulah sedia untuk dipotong.

10. Siap!

 

Kredit resipi & foto: Iedaa Jahaya

 

Anda mencari PENGUKUS? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN