Ads

Cara Buat Potato Smiles Yang Mudah & Sedap Secara Homemade

Sedapnya Potato Smiles ni. Jika dibandingkan dengan nuget sejukbeku, lebih baik anda sediakan Potato Smiles untuk anak-anak sempena musim cuti sekolah ni. Ia hanya menggunakan bahan-bahan mudah dan ternyata memang sedap. Bolehlah anak-anak makan tanpa was-was. Mak pun rasa senang hati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ayza Nur.

RESIPI POTATO SMILES HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 4 biji ubi kentang
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 4 sudu makan serbuk roti
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam

Cara Buat Potato Smiles Yang Mudah & Sedap Secara Homemade

CARA MEMASAK:
1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk.
2. Kemudian lenyek kentang hingga sebati. Campurkan tepung gandum,tepung jagung & serbuk roti.
3. Perasakan dengan garamdan uli hingga menjadi doh. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung jagung.

Ads

Cara Buat Potato Smiles Yang Mudah & Sedap Secara Homemade
4. Canai adunan(jangan terlalu tebal) & tekap menjadi bentuk bulat.
5. Lubangkan mata guna straw dan buatkan mulut guna hujung sudu.

Cara Buat Potato Smiles Yang Mudah & Sedap Secara Homemade
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Sedap dimakan panas-panas & dicicah dengan sos serta mayones.

Ads

Cara Buat Potato Smiles Yang Mudah & Sedap Secara Homemade

Kredit resipi & foto: Ayza Nur

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Pesta Seri Rasa x RASA Meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026, Pelbagai...

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.