Cara Buat Pes Kunyit Homemade Yang Tahan Lama & Lambat Berkulat

Share

Ikan atau ayam goreng yang dimasak menggunakan pes kunyit homemade memang lebih enak. Aromanya yang wangi, sangat membuka selera. Jika di rumah anda ada tanam atau beli kunyit hidup dalam jumlah yang banyak, boleh cuba buat stok pes untuk masakan perkongsian saudari Linda Mokhtar ni. Boleh tahan lama tanpa berubah warna dan rasanya. Berbaloi untuk dicuba.

 

CARA-CARA MEMBUAT PES KUNYIT HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

Kunyit hidup/ kunyit segar secukupnya
Garambeli online disini
Asam keping / asam gelugur beli online disini
Sedikit air

CARA MEMBUAT:
1.Bersihkan kunyit dan kikis kulitnya menggunakan sudu atau pisau.


2. Potong kecil kemudian masukkan ke dalam pengisar.


3. Tambah sedikit air supaya mudah untuk dikisar.
4. Kisar halus kemudian masukkan masukkan ke dalam balang bersih.


5. Masukkan beberapa keping asam gelugur dan tabur sedikit garam. Ia bertujuan untuk menjadikan pes kunyit tahan lama, warna kekal cantik, dan bau asli kunyit terpelihara.


6. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk. Pes sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.

Kredit resipi & foto: Linda Mokhtar

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN