Cara Buat Peanut Butter Homemade Tanpa Pengawet & Garam.

Share

Wow…mudah rupanya buat mentega kacang

atau peanut butter homemade. Bagi anda yang mementingkan makanan sihat atau sedang diet, bolehlah cuba buat resipi peanut butter perkongsian saudari Aida Razalli. Sesuai digunakan seisi keluarga.

 

RESIPI PEANUT BUTTER HOMEMADE TANPA PENGAWET & GARAM

 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kacang – guna kacang shandong untuk rasa lebih sedap.
  • 1 sudu makan minyak sayuran
  • 1 sudu makan madu – optional untuk rasa manis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar kacang selama 10 minit sehingga kacang nampak kekuningan.



2. Jika kacang dibakar bersama kulit coklatnya, pastikan kulit kacang dibersihkan sepenuhnya sebelum dikisar.



3. Masukkan kacang ke dalam pengisar. Kemudian masukkan minyak masak dan juga madu.
4. Kisar kacang bakar tadi sehingga tekstur kacang menjadi halus dan nampak berkrim. Masa mengisar bergantung kepada kualiti pengisar anda.


5. Jika sudah mendapat tekstur halus dan berkrim yang dihendaki, maka peanut butter anda telah siap.



6. Masukkan peanut butter yang telah siap dalam balang dan simpan dalam peti sejuk.


7. Jika mahukan tekstur peanut butter yang kasar, anda boleh asingkan sedikit kacang bakar tadi dan kisar kasar. Kemudian campurkan ke dalam peanut butter halus tadi.
8. Peanut butter tanpa pengawet ini boleh tahan sehingga 2 – 3 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk dan teksturnya akan kekal lembut.

 

Kredit resipi & foto: Aida Razalli

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN